Jilid 10 banyak memaparkan surat penerimaan dari dari pembesar-pembesar Kedah terutama Sultan Abdullah Mukarram Shah dan Laksamana Kedah berkaitan urusan perniagaan dan hal ehwal antara Kedah dan Pulau Pinang. Dapat disimpulkan bahawa hubungan erat terjalin di antara Francis Light dan rakan sekutu utama perniagaannya seperti saudagar Raja dan Maharaja Dewa yang merupakan orang-orang bangsawan pada masa tersebut kerana menjalankan perniagaan dalam skala besar terutamanya makanan, haiwan-haiwan ternakan, kain dan keperluan asas yang lain. Antara negara yang dinyatakan dalam perdagangan pada waktu tersebut ialah Negara Cina / Volume 10 mainly consists of letters received from Kedah dignitaries especially from Sultan Abdullah Mukarram Shah and the Laksamana of Kedah on matters related to business affairs and the affairs of Kedah and Pulau Pinang. It can be concluded that the close relationship established between Francis Light and his main business associates such as the King’s Merchant and Maharaja Dewa, who were aristocrats at that time, was due to the fact that they were involved in a large scale of businesses such as food, livestock, textile and other basic necessities. Among the countries mentioned in the trade during that time was China.