Account Menu
  • Log in
  •  Dash
  • Search results
  • USM Collection
  •  Knowledge Base
 All resources
By date

 Geographic search

 Advanced search


Log in

Username
Password


 Click here if you have forgotten your password

View all results

f.73 & f.74 - Surat dari Teuku Kejuruan Pesangan kepada James Scott berkaitan dagangan pinang dan lada 

Full screen preview

Resource tools

Original PDF File

19.4 MB Restricted

How do you rate this resource?
X  
0 ratings
Resource details

Resource ID

2677

Access

Restricted

Contributed by

Noor Azlinda Wan Jan

Date

08 May 23

Material

Paper

Language

Malay

English Title

Letter from Teuku Kejuruan Pesangan to James Scott regarding betel nut and pepper trades.

Keywords Recognised

Pepper (Spice), Trades, Scott, James, Areca nut, Teuku Kejuruan Pesangan

Physical description

2 pages o letter

Genre

Letters of correspondence

Spatial coverage

Asia--Malaysia

Source Institution

School of Oriental and African Studies (SOAS), University of London

Holding location

Malaysiana and Archive Division, Perpustakaan Hamzah Sendut, Universiti Sains Malaysia (USM)

Rights management

This item is licensed with the Creative Commons Attribution, Non-Commercial License.

Resource identifier

LL 0001 (PHS Digital Collection number)

Aggregations

Malaysiana and Archives Collection

Image Keys

MS 40320/10, f.73 & f.74

Document Date

[n.d.]

Transliteration

Bahawa inilah alamat surat daripada negeri bandar Pesangan pada tuan Pengisih datang kepada sahabatnya yang bernama Orang Kaya Kapitan Uskut Kepala yang memegangkan bandar Pulau Pinang adanya tamat al-kalam bilkhair aw ila

Ya Qadiya al-Hajat

Ya Habib

Qaul al-Haqq walau kan murran

Bahawa inilah alamat surat tabik banyak2 serta hati yang putih muka yang jernih yang maktub dalamnya rindu dendam hari dan malam pagi dan petang tahun dan bulan dalam teringat2 adanya iaitu anakda Teuku Kejuruan jah merdu yang bernama Tuan Pengih yang ada duduk sekarang dalam daerah negeri Pesangan kepala yang memerintahkan dalam bandar itu datang apalah kiranya kepada sahabat hamba Orang Kaya Kapitan Uskut yang ada juga sekarang duduk istirehat al-khair dalam daerah negeri Pulau Pinang kepala yang memerintahkan dalam negeri itu daripada orang yang mengadukan hal daripada kesukaran daripada gharib miskin iaitulah perangai yang baik sebaik2 adanya insya Allah Ta’ala serta selamat umur panjang dalam dunia ini dapat besua mata kami adanya amin ya rab al-‘alamin wa ya khair al-nasirin ha intaha amma ba’d

adapun kemudian dari itu laluanya hamba kirimkan sepotong surat ini daripada hamba kepada tuan sahabat hamba tanda harab hamba akan Allah dan Rasulullah Sallallah kemudian akan tuan sahabat hamba jikalau ada seperti hajat hamba kepada tuan hamba kehenda bersahabat dengan tuan daripada mencari utang ada pada tuan seperti hajat kehendak hamba itu tuan suruh datang kapal dan perahu tuan kepada hamba jikalau ada tuan kehendak pinang dengan lada sedikit2 boleh juga hamba cari tetapi tiada banyak barang sekoyan dua koyan dan pinang selaksa dua laksa itulah yang boleh karena hamba orang gharib miskin baru duduk dalam negeri itu insya Allah Taala jikalau tuan suruh perahu tuan kepada hamba jangan tuan takut2 dan syiksa hati kepada hamba jikalau sudah sampai perahu tuan kepada hamba Insya Allah taala jikalau hilang arta tuan dari arta atas ikhtiar hamba di laut ikhtiar tuan inilah hamba bilang sama tuan adanya sebagai lagi hamba bilang sama tuan jikalau tuan suruh perahu tu beri dengan surat tanda tuan kepadanya boleh senang hati hamba kepada tuan adanya sebagai lagi hamba bilang kepada tuan jikalau bertemu sampan di laut sampan berkajangan ada dengan meriam besar di haluannya ja tuan takut tetapi di laut kurang ke kuasa dan ke barat lapkan merdu jikalau bertemu juga di laut yang lain tuan suruh minta cap merah ada him ada inilah sampan jika daripada hamba adanya sebagai lagi hamba bilang sama tuan yang hamba suruh bawa surat ini kepada tuan orang hamba namanya seorang Nakhoda Abdul Majid seorang lagi Nakhoda Ismail Lebai inilah namanya tamat al-kalam suatu pun tiada alamat tanda hayat hamba melainkan ada kain palang rusa buruk sehelai daripada hamba kepada tuan tanda harab hamba akan akan tuan adanya tamat al-kalam bi al-khair aw ‘ala al-dawam

General Notes

Letter written in Jawi.

Surat dari Teuku Kejuruan Pesangan kepada James Scott berkaitan dagangan pinang dan lada

License management
Related featured and public collections
  Light Letters Collection (1768-1794) / VOLUME 10
Search for similar resources