660
Restricted
Al-Rashid Kalandar Mastan
15 February 22
Paper
Malay
Letter from Sultan Abdullah Muazzam Shah (Kedah) to Francis Light with regards to the sending off groups of people for Haj pilgrimage as well as the sale of tin for their expenses.
Letter writing, Light, Francis, 1745-1794, Tin, Muslim, pilgrims, pilgrimages, Cost, Sultan Abdullah Muazzam Shah
2 pages of letter
Letters of correspondence
Asia--Malaysia
School of Oriental and African Studies (SOAS), University of London
Malaysiana and Archive Division, Perpustakaan Hamzah Sendut, Universiti Sains Malaysia (USM)
This item is licensed with the Creative Commons Attribution, Non-Commercial License.
LL 0001 PHS Digital Collection
Malaysiana and Archives Collection
Bahagian Malaysiana dan Arkib
MS40320/1, f.14
20 Jamadil Awal
Al-Mustahaqqah
Surat tulus ikhlas berkasih-kasihan yang tiada berkesudahan daripada beta sampai kepada sahabat beta Gurnador Pulau Pinang yang aqil bijaksana lagi arif, telah masyhur ke mana-mana.
Kemudian daripada itu, ahwal adalah pada tahun ini banyak orang miskin-miskin yang hendak pergi ke Tanah Arab itu, mari dari mana-mana, terhimpun di negeri beta ini, hendak menumpang berlayar ke kapal Malbari. Maka kapal Malbari tiada sampai, dengan sebab itu jadi susah hati segala orang yang hendak pergi ke Tanah Arab itu.
Jadilah beta lengkapi sebuah kapal, muat segala orang miskin-miskin itu, serta dengan belanja makanannya, beta suruh saudagar Mirangkandu bawa berlayar ke Tanah Arab, menyampaikan hajat segala orang miskin-miskin itu.
Serta beta muat timah sedikit, suruh singgah di negeri Kochi, jual timah itu kalau-kalau lepas belanja. Maka modal itu sedikit sangat. Jika hendak muat dagangan yang lain pun tiada, kerana orang dagang tiada bawa mari ke negeri beta ini.
Jadilah beta suruh saudagar Mirangkandu singgah di Pulau Pinang, mendapatkan sahabat beta. Jika ada dagangan pada sahabat beta, barang yang patut laku di negeri Kochi itu, pinta sahabat beta tolong beri akan saudagar Mirangkandu barang yang perkenannya itu, serta dengan tali sauh yang baik dua dan sauh satu. Sekalian itu sahabat beta serahkan pada saudagar Mirangkandu, ambil suratnya dengan tentu banyak diterimanya itu, hantar mari pada beta bersama dengan surat sahabat beta, boleh beta bicarakan timah dan barang yang berkehendak sahabat beta yang ada pada beta ini, boleh beta hantar pergi bayar akan sahabat beta, selesaikan.
Demikian lagi sahabat beta tolong barang hal sakit sukar saudagar Mirangkandu serta temannya itu, segerakan suruh berlayar dari awal musim, dan orang miskin-miskin yang hendak pergi ke tanah Arab barang yang terlebih muat dalam kapal beta itu pun dengan petolong sahabat beta tumpangkan pada kapal Keling berlayar dari Pulau Pinang itu, kerana orang dalam kapal beta ini terlalu banyak. Itulah beta nyatakan pada sahabat beta.
Pergi surat dua puluh haribulan Jamadil Awal.
Letters written in Jawi
Surat ini adalah daripada Sultan Abdullah Muazzam Shah kepada Francis Light berkiatan penghantaran orang untuk menunaikan haji dengan menggunakan kapal milik beliau