Terdapat sejumlah 47 pucuk surat bertarikh dari tahun 1787 sehingga 1791. Kebanyakan surat untuk Francis Light dalam Jilid 1 ini merupakan surat-surat yang menyatakan tentang urusan perdagangan di Pulau Pinang. Antara barangan utama yang didagangkan ialah beras, haiwan ternakan dan juga opium (candu). Senjata api juga turut didagangkan untuk melengkapkan bekalan pertahanan di atas kapal Syarikat Inggeris Hindia Timur (SIHT) dan di dalam negeri masing-masing. Pada waktu tersebut perdagangan menggunakan laluan maritim. Itulah laluan utama. Ramai pedagang dan pembesar di Kepulauan Melayu menyatakan hajat ingin bersahabat dengan Francis Light dengan tujuan berdagang di Pulau Pinang. Pulau Pinang juga merupakan tempat pembaikan kapal terutama untuk kapal-kapal syarikat Inggeris SIHT / There are 47 letters in Volume 1 dated from 1787 to 1791. Most letters written to Francis Light in Volume 1 are letters regarding trade related matters in Pulau Pinang. The most common trade merchandise were rice, livestock and opium. Firearms were also traded for defence supply for ships and domestic supply. At that time, the sea was the main trade route. Numerous traders and feudal chiefs across the Malay Achipelago (the Nusantara) wrote to Francis Light expressing their intentions to establish trade in Pulau Pinang. Pulau Pinang was also a harbour craft repair centre especially for vessels from the East India Company.