3497
Restricted
Noor Azlinda Wan Jan
28 July 23
Paper
Malay
Letter from the Sultan of Selangor to Francis Light regarding hajj related matters.
Light, Francis, 1745-1794, Sultan Ibrahim Shah, 1736-1826, Muslim pilgrims and pilgrimages—Saudi Arabia—Mecca
1 page of letter
Letters of correspondence
Asia--Malaysia; Asia--Bangladesh
School of Oriental and African Studies (SOAS) University of London
Malaysiana and Archive Division, Perpustakaan Hamzah Sendut
This item is licensed with the Creative Commons Attribution, Non-Commercial License.
LL 0001 PHS Digital Collection
Malaysiana and Archives Collection
MS40320/3, f.72
1201/1787
Al-Shams wa al-Qamar
Ini surat tulus ikhlas serta suci putih hati iaitu daripada khadrat Duli Yang Dipertuan Yang Maha Mulia semayam di atas tahta singgasana kerajaan di dalam negeri Selangor Darul Khusus barang disampaikan Tuhan seru alam apalah kiranya kepada sahabat kita Gobernor yang memerintahkan di dalam negeri Pulau Pinang yang amat setiawan dan berkasih kasihan antara sahabat bersahabat maka masyhurlah warta ihsannya kepada tiap2 negeri yang lain wa ba’dahu
kemudian daripada itu maka adalah kita menyuruhkan Si Semail itu dengan satu sampan2 mendapatkan sahabat kita akan hal seperti orang penaik haji yang kita pinta tumpangkan kepada sahabat kita dahulu melainkan sekarang ini jikalau lambat lagi ia dapat tumpangan melainkan sahabat kita suruhkanlah ia kembali dahulu ke Selangor bersama2 dengan saudaranya itu Si Semail ialah wakil kita akan membawanya ke Selangor karana khabarnya ia hendak menanti kapal dari Cina kemudian jikalau ada kapal lalu ke Benggala bolehlah kita suruhkan ia kembali ke Pulau Pinang mendapatkan sahabat kita serta dengan sahabat kita jugalah menumpangkan ia sebagai lagi ada timah sedikit2 dibawanya intaha al-kalam bi al-khair wa al-salam tarikh sanah 1201
Letter written in Jawi.
Surat daripada Sultan Selangor berkaitan urusan haji.