Account Menu
  • Log in
  •  Dash
  • Search results
  • USM Collection
  •  Knowledge Base
 All resources
By date

 Geographic search

 Advanced search


Log in

Username
Password


 Click here if you have forgotten your password

View all results

f.114 - Surat Yang Dipertuan Muda Sultan Muhammad Tajuddin Brunei kepada Francis Light berkaitan hubungan diplomatik Brunei dengan Inggeris 

Full screen preview

Resource tools

Original PDF File

24.9 MB Restricted

How do you rate this resource?
X  
0 ratings
Resource details

Resource ID

2329

Access

Restricted

Contributed by

Noor Azlinda Wan Jan

Date

21 February 23

Material

Paper

Language

Malay

English Title

Letter from Yang Dipertuan Muda Sultan Muhammad Tajuddin of Brunei to Francis Light regarding diplomatic relations between Brunei and British.

Keywords Recognised

Diplomatic, British, Brunei, Yang Dipertuan Muda Sultan Muhammad Tajuddin

Physical description

1 page of letter

Genre

Letters of correspondence

Spatial coverage

Asia--Malaysia

Source Institution

School of Oriental and African Studies (SOAS), University of London

Holding location

Malaysiana and Archive Division, Perpustakaan Hamzah Sendut, Universiti Sains Malaysia (USM)

Rights management

This item is licensed with the Creative Commons Attribution, Non-Commercial License.

Resource identifier

LL 0001 PHS Digital Collection

Aggregations

Malaysiana and Archives Collection

Image Keys

MS 40320/11, f.114

Document Date

Khamis, 29 Syaaban 1207 Tahun ha / 11 April 1793

Transliteration

Ya Jami’ al-Muta’ qin

Bismillah al-rahman al-rahim al-hamd lillah allazi ja’ala al-warqah bimusyahadat al-habib li yakun taqriban bayna al-talib wa al-matlub wa salla Allah ‘ala sayyidina Muhammad miftah al-qulub wa ‘ala alihi wa sohbihi mahfuz ‘an al-zunub telah selesailah daripda hamid dan thana akan Tuhan yang bersifat istighna maka diiringi pula dengan kalam al-husna serta faruh dan surur yang asna iaitu daripada saudara kita yang Dipertuan Muda al-Sultan Muhamad Tajuddin ibn Sultan Umar Ali Saifuddin yang melazim di atas tahta kerajaan dalam daerah negeri Brunei Darul Salam barang diwasilkan Rab al-‘arsy al-‘azim apalah kiranya kepada sahabat kita iaitu Gurnador yang beristirahat al-khair dalam Pulau Pinang yang mempunyai perintah dan tadbir maka termasyhurlah wartanya fi jami’ al-buldan wa al-amkan pada hal kasih berkasihan bagi handai taulannya bayna al-qarib wa al-ba’id tambahan pula pada memeliharakan dan menolong segala dagang dan musafir maka makmurlah warta bandarnya pada segala negeri yang asing2 upama bunga yang amat harum maka semerbaklah baunya maka berahilah segala yang menjamadi wa ba’d

dan kemudian dari itu barang mafhum kiranya sahabat kita Gurnador seperti warkah al-ikhlas yang dibawa oleh Kapitan Karnigi itu telah wasillah dengan selamatnya kepada kita maka kita sambutlah dengan kemuliaan serta kita bukalah daripada lipat meterinya serta kita tilik daripada syatarnya maka tersebutlah dalamya sahabat kita Gurnador menghidupkan muafakat yang telah lalu serta berkasih kasihan yang tiada berkesudahan selagi ada peredaran cakerawala matahari dan bulan daripada suruh bersuruhan maka kita pun sangatlah kesukaan akan yang demikian itu dipohonkan kepada Allah dan RasulNya jangan apalah kiranya putus perhubungan antara Brunei dengan Inggeris daripada tiap2 musim datang ke Brunei lagi seperti sahabat kita minta tolong barang sesuatu hal Kapitan Karnigi daripada sakit sukarnya dan dagang niaganya itu maka kita tolonglah barang kadarnya serta kita selesaikan daripada dagang niaganya lagi diberi berlayar dengan segeranya sebagai lagi adapun akan hal kapitan yang yang dahulu itu sebab pun kita perbuat yang demikian itu kerana ia tiada melakukan adat bersahabat kerana zaman orang tuha2 Brunei dengan Inggeris tiada demikian itulah sebabnya dari kerana kapitan itu memutuskan perhubungan antara Brunei dengan Inggeris akan sekarang jikalau tiada disebabkan Allah Gurnador mehidupkan muafakat dan berkasih berkasihan antara Brunei dengan Inggeris jadi putuslah perhubungan kemudian dari itu suatupun tiada burhan al-hayat yang dipesertakan kepada akhir syatar ini hanyalah suci hati tulus ikhlas serta budak sepasang dan dian tiga pasang tiada dengan sepertinya upama embun di atas rumput jua adanya tamat al-kalam bi al-khair wa al-salam hijrat al-nabiy salla Allah ‘alayh wa salam sanat 1207 ha pada sembilan likur hari bulan Syaaban pada hari Khamis waktu al-duha dewasa itulah mehitam putih ini mim ‘ain raw au fa alif lam kaf ra kha ya 8642

General Notes

Letter written in Jawi

Surat daripada Yang Dipertuan Muda Sultan Muhammad Tajuddin Brunei kepada Francis Light berkaitan hubungan diplomatik Brunei dengan Inggeris

License management
Related featured and public collections
  Light Letters Collection (1768-1794) / VOLUME 11
Search for similar resources