2324
Restricted
Noor Azlinda Wan Jan
21 February 23
Paper
Malay
A draft of Francis Light’s letter to the Sultan of Terengganu regarding trade with Mister Firli and Saudagar Nasruddin.
Trades, Sultan Terengganu, Saudagar Nasruddin, Mister Firli
1 page of letter
Letters of correspondence
Asia--Malaysia
School of Oriental and African Studies (SOAS), University of London
Malaysiana and Archive Division, Perpustakaan Hamzah Sendut, Universiti Sains Malaysia (USM)
This item is licensed with the Creative Commons Attribution, Non-Commercial License.
LL 0001 PHS Digital Collection
Malaysiana and Archives Collection
MS 40320/11, f.108
[n.d.]
Sebermula patik maklumkan daripada hal perkiraan Syaudagar Nasruddin yang Duli Tuanku beri mari surat dengan daftar itu telah sudahlah periksa siasat lihat kesemuanya dengan segala daftar patik maka daripada hal perkiraan Mister Firli dengan Syaudagar Nasruddin itu maka sudahlah patik beri pergi surat ke Benggala kepada Mister Firli patik suruh periksa lihat segala daftar perkiraan Mister Firli maka datanglah akan perkiraan itu sudahlah selesai lagi ada hayat Syaudagar Nasruddin dahulu tatkala Kapitan Karniki pergi ke Terengganu membawa kapal kecil tahun dahulu maka daripada hal daftar Duli Yang Maha Mulia beri mari kepada Syaudagar Parya Tambi perkiraan Mister Firli itu telah benarlah daftar itu tetapi beri pergi daftar dua musim sudah sebelum Kapitan Karnigi pergi ke Terengganu kemudian Kapitan Karnigi pergi dengan kapal kecil itu sudahlah diselesaikannya segala perkiraan itu tiadalah utang piutang lagi sebagai lagi daripada hal Kapitan Karnigi membawa rial lima belas ribu dan opiun dua puluh lima peti dan tembakau empat puluh keranjang telah sampailah kepada patik maka daripada hal rial itu Syaudagar Nasruddin membayar utangnya kepada Kapitan Danlab seribu empat ratus pikul lada maka sudah patik beri pergi surat ke bawah Duli Tuanku tatkala ada hayat Syaudagar Nasruddin menyatakan utang Syaudagar Nasruddin itu maka itulah Syaudagar Nasruddin itu beri mari opiun dengan rial dan tembakau kepada Kapitan Karnigi daripada hal opiun dan tembakau itu syaudagar minta tolong jualkan kepada patik bayarkan utangnya
Sebagai lagi daripada hal perkiraan Syaudagar Nasruddin dengan patik bersyarikat membeli kapal Kernatuk itu maka segala perkiraan sudahlah patik periksa lihat daripada hal lada yang dimuatkan Syaudagar Nasruddin dalam kapal itu tiga ribu sembilan ratus pikul dan rotan seratus dua puluh pikul membawa pergi ke China maka segala daftar perkiraan patik beri pergi kepada Syaudagar Parya Tambi dan Orang Kaya Seri Wangsa boleh Duli Tuanku periksa daripada hal labanya pergi ke China dan belanjanya dan belanja duduk Terengganu tujuh bulan dan dari China pulang ke Pulau Pinang kemudian pergi ke Susuh
Letter written in Jawi
Draf Surat daripada Francis Light kepada Sultan Terengganu berkaitan perdagangan dengan Mister Firli dan Saudagar Nasruddin