Account Menu
  • Log in
  •  Dash
  • Search results
  • USM Collection
  •  Knowledge Base
 All resources
By date

 Geographic search

 Advanced search


Log in

Username
Password


 Click here if you have forgotten your password

View all results

f.106 - Surat Saudagar Nasruddin kepada Francis Light berkaitan perdagangan ke Benggal 

Full screen preview

Resource tools

Original PDF File

14.2 MB Restricted

How do you rate this resource?
X  
0 ratings
Resource details

Resource ID

2322

Access

Restricted

Contributed by

Noor Azlinda Wan Jan

Date

21 February 23

Material

Paper

Language

Malay

English Title

Letter from Saudagar Nasruddin to Francis Light regarding the trade to Bengal.

Keywords Recognised

Trades, Saudagar Nasruddin, Bengal

Physical description

1 page of letter

Genre

Letters of correspondence

Spatial coverage

Asia--Malaysia

Source Institution

School of Oriental and African Studies (SOAS), University of London

Holding location

Malaysiana and Archive Division, Perpustakaan Hamzah Sendut, Universiti Sains Malaysia (USM)

Rights management

This item is licensed with the Creative Commons Attribution, Non-Commercial License.

Resource identifier

LL 0001 PHS Digital Collection

Aggregations

Malaysiana and Archives Collection

Image Keys

MS 40320/11, f.106

Document Date

[n.d.]

Transliteration

Qawluhu al-Haqq

Hamba Dato’ Syaudagar Nasruddin maklumkan kehadrat Dato’ Gurnador yang ada istiqam di bandar Pulau Pinang serta memegang perintah dan tadbir dalam daerah kantor kompeni barang ditambah Tuhan Allah kebesarannya dan kemuliaannya selagi ada cakerawala matahari dan bulan dan dipanjangkan Allah umur usianya serta dengan sihat dan afiat selagi ada hayat zamannya wa ba’dah

barang maklum kiranya hadrat Dato’ maka hendaklah Dato’ beri pergi surat kepada sahabat hamba Dato’ itu Mister Firli minta beri mari dagangan bagaimana dalam surat hamba Dato’ ini jikalau Mister Firli hendak laba dalam seratus tiga puluh pun hamba Dato’ suka atau Mister Firli hendak bersyarikat dengan hamba Dato’ pun hamba Dato’ suka maka jenis dagangan yang hamba Dato’ minta kepada Mister Firli itu pertama2 permadani seribu potong panjang tengah lima hasta maka harganya bagaimana hamba Dato’ beli bersama2 Kapitan Glas dahulu lima puluh sekodi dan lagi cit Patna dua ribu potong harganya sekodi 20 dan lagi kain putih bahar mal mal seribu potong harganya pada sekodi 60 dan lagi kain ali bat khas seribu potong harganya sekodi 70 dan lagi kain putih kaci pir mal mal seribu potong harganya sekodi 70 dan lagi kain cadakan bafta seribu potong harganya sekodi 30 dan kain gara seribu potong harganya sekodi 78 dan kain laki furbafta tengah dua ribu potong harganya sekodi 57 2/1 dan kain celupan yang baik seribu potong harganya sekodi 80 dan yang lebih daripada itu opiun Patna seratus peti maka inilah segala jenis dagangan yang hamba Dato’ pinta beri mari kepada sahabat hamba Dato’ itu Mister Firli dan lagi hendaklah Mister Firli periksa kepada Ram Dalal dianya mengetahui segala jenis dagangan yang hamba Dato’ kehendaki kerana ada hamba Dato’ tinggalkan surat jenis dagangan itu kepada Ram Dalal dan akan hal harga dagangan itu lebih kurang sedikit tiada apa dan akan hal dagangan itu apabila Mister Firli beri mari hendaklah Dato’ taruh di Pulau Pinang sembentara hamba Dato’ datang ke Pulau Pinang maka Insya Allah Taala apabila hamba Dato’ sampai ke Pulau Pinang boleh hamba Dato bicara dengan Dato’ adanya sebagai lagi daripada hal maklum Mister Fari itu hendaklah Dato’ beri pergi surat kepada Mister Firli pinta dianya maka apabila diberi oleh Mister Firli akan hamba Dato’ mualim Mister Fari itu hendaklah Dato’ beri mari dalam kici hamba Dato’ itu suruh dianya jadi mualim kerana hamba Dato’ sudah berjanji dengan mualim Mister Fari itu sebermula apabila lebih dagangan Mister Firli beri mari jikalau hendak ia suruh ke China boleh hamba Dato’ sebahagi dalamnya ahwal itulah hamba Dato’ maklumkan kehadrat Dato’ dan adalah hamba Dato’ beri pergi kepada Kapitan Hamatan Patikuan teh jadam serta dengan alasnya ceper jadam akan Mister Firli maka hendaklah Dato’ ambil kepada Kapitan Hamatan beri pergi akan sahabat hamba Dato’ itu Mister Firli adanya tamat al-kalam dan lagi seperti juru bahasa Ja Akib itu jikalau hamba Dato’ tiada datang ke Pulau Pinang melainkan beri dianya mari bersama2 mualim Mister Fari dalam kapal Mister Firli dan lagi hamba Dato’ minta kambing kibash barang dua ekor sepasang dan kambing bebiri barang seratus ekor hendaklah Mister Firli beri mari kambing itu pada barang kapal yang hendak mari ke Terengganu tamat al-kalam

General Notes

Letter written in Jawi

Surat daripada Saudagar Nasruddin kepada Francis Light berkaitan perdagangan ke Benggal

License management
Related featured and public collections
  Light Letters Collection (1768-1794) / VOLUME 11
Search for similar resources