Account Menu
  • Log in
  •  Dash
  • Search results
  • USM Collection
  •  Knowledge Base
 All resources
By date

 Geographic search

 Advanced search


Log in

Username
Password


 Click here if you have forgotten your password

View all results

f.96 - Surat Saudagar Nasruddin kepada James Scott berkaitan salah laku Kapitan Long 

Full screen preview

Resource tools

Original PDF File

14.4 MB Restricted

How do you rate this resource?
X  
0 ratings
Resource details

Resource ID

2312

Access

Restricted

Contributed by

Noor Azlinda Wan Jan

Date

20 February 23

Material

Paper

Language

Malay

English Title

Letter from Saudagar Nasruddin to James Scott regarding Captain Long’s misconduct.

Keywords Recognised

James Scott, Saudagar Nasruddin, Captain Long

Physical description

1 page of letter

Genre

Letters of correspondence

Spatial coverage

Asia--Malaysia

Source Institution

School of Oriental and African Studies (SOAS), University of London

Holding location

Malaysiana and Archive Division, Perpustakaan Hamzah Sendut, Universiti Sains Malaysia (USM)

Rights management

This item is licensed with the Creative Commons Attribution, Non-Commercial License.

Resource identifier

LL 0001 PHS Digital Collection

Aggregations

Malaysiana and Archives Collection

Image Keys

MS 40320/11, f.96

Document Date

15 Muharam 1206 / 14 September 1791

Transliteration

Al-Shams wa al-Qamar wa al-Nujum

Bahawa ini warqat al-ikhlas wa tuhfat al-ajnas iaitu daripada Syaudagar Nasruddin yang ada terqawaf di negeri Terengganu Darul Salam barang diwasilkan Tuhan Khaliq al-‘alam apalah kiranya kepada pihak hadrat sahabat hamba dan kekasih hamba iaitu Kapitan Uskut yang ada dengan istirahat al-khair dalam negeri bandar Pulau Pinang barang ditambah Allah kebesarannya dan kekayaannya serta dilanjutkan Allah umur usianya dan dianugerah Allah sihat dan afiat selagi ada hayat zamannya wa ba’dah

barang mafhum kiranya sahabat hamba maka daripada hal kapal Kapitan Long membawa dagangan seperti meriam dan opiun itu dan embalau dan belerang maka sekalian dagangan itu sudah hamba punggahkan ke darat maka hamba muatkan lada empat ribu pikul maka di dalam itu Kapitan Long pinta kepada hamba seratus pikul lada maka hamba beri akan dia seratus pikul lada maka tengah duduk bermuat lada ada kira2 dua ribu pikul lebih kurang maka hamba tanya Kapitan Long berapa boleh muat lada dalam kapal maka kata Kapitan Long boleh muat lima ribu pikul maka hamba fikir hendak muatkan lada Mister Farli barang seribu pikul kemudian sudah sampai empat ribu pikul kata Kapitan Long tiadalah boleh muat lagi lada Mister Farli itu maka jadi hairanlah hamba kapal sebesar ini tiada boleh muat lima ribu pikul maka dalam duduk bermuat lada itu datang Kapitan Lik dari Palembang membawa timah maka kata Kapitan Lik kepada Kapitan Long ia hendak muat timah dalam kapal Kapitan Long maka Kapitan Long pun berkhabar kepada hamba maka kata hamba baiklah muat timah Kapitan Lik itu barang empat ratus lima ratus pikul supaya boleh lepas belanja kapal dua tiga bulan maka kata Kapitan Long boleh muat barang empat ratus lima ratus pikul maka sudah bermuat lada hamba tanya Kapitan Long sudahkah terima timah Kapitan Lik itu maka kata Kapitan Long kepada hamba tiada boleh lagi muat timah itu kerana kapal sudah sarat maka hamba pun percayalah kata Kapitan Long itu maka hamba hendak muat rotan barang lima ratus gelung lagi tiada muat kata Kapitan Long maka selang beberapa hari mari Kapitan Lit dari Palembang duduk di Terengganu maka ia berkhabar kepada hamba maka daripada hal Kapitan Long sudah bermuat timah dalam kapalnya itu maka beberapa banyaknya tiada boleh hamba tentukan tetapi Kapitan Long sudah bermuat timah dalam kapalnya itu maka hamba pun jadi ajaiblah akan perbuatan Kapitan Long itu seperti orang pekerjaannya dan lagi beberapa ada perbuatan Kapitan Long dengan serangnya dalam Terengganu boleh sahabat hamba periksa Kapitan Karnigi syahadan maka daripada hal segala dagangan yang hamba punggahkan ke darat itu sehabis2 kuasa hambalah menjualkan dagangan itu jikalau dengan rugi2 pun hamba jualkan juga kemudian dari itu daripada hal surat yang hamba beri beri akan Dato’ Gurnador dan akan sahabat hamba kepada Kapitan Karnigi maka surat itu hamba bawa bacakan berhadapan Kapitan Karnigi dan Kapitan Long dan Mister Krat maka hamba tanya kepada Kapitan Long surat Kapitan Long serupakah dengan surat hamba maka jawabnya suratnya itu serupa dengan surat hamba maka diperbuatnya surat desut kesemuanya beri pergi akan sahabat hamba maka segala perkataannya dalam surat itu desut kesemuanya jangan sahabat hamba pakai maka tiap2 orang baik itu apabila kita tunjukkan surat kita maka dianya pun tunjukkan suratnya jikalau ada bersalahan boleh berhadapan maka daripada hal Mister Krat itu budak terlalu baik akalnya sempurna tiada sekali2 ia khianat akan sahabat hamba melainkan dianya carikan jalan faedah akan sahabat juga maka daripada hal kata Kapitan Long Mister Krat berkhabar akan hamba daripada hal dagangan Kapitan Uskut itu dianya taruh dalam seratus dua puluh lima itu bahawa sekali2 tiada ia berkhabar demikian itu hanya hamba ada berkhabar kepada Kapitan Long barang kali sahabat hamba taruh dalam seratus dua puluh lima kerana hamba melihatkan hal dagangan itu serta harganya dalam daftar itu hamba yang berkhabar demikian itu sebagai lagi hamba beri pergi surat kepada Syaudagar Cina daripada hal kapal Kapitan Long bawa itu hamba suruh jualkan apabila laku dua puluh lima ribu rial jualkan kapal itu jikalau tiada laku dengan harga itu melainkan hamba suruh bawa pulang ke Pulau Pinang kapal itu maka apabila sampai kapal itu ke Pulau Pinang maka hendaklah sahabat hamba bicarakan jualkan kapal itu kerana hamba tiada suka kapal itu jikalau bagaimana ikhtiar pun sahabat hamba bicarakan juga jualkan kapal itu maka daripada hal dagangan yang hamba terima kepada Kapitan Long dan dagangan yang hamba muatkan di kapalnya maka sekalian itu ada daftarnya hamba beri pergi kepada Kapitan Karnigi dengan bahasa Inggeris ahwal itulah hamba nyatakan kepada sahabat hamba tamat al-kalam diperbuat surat ini pada lima belas haribulan Muharam pada sanah 1206

General Notes

Letter written in Jawi

Surat daripada Saudagar Nasruddin kepada James Scott berkaitan salah laku Kapitan Long

License management
Related featured and public collections
  Light Letters Collection (1768-1794) / VOLUME 11
Search for similar resources