Account Menu
  • Log in
  •  Dash
  • Search results
  • USM Collection
  •  Knowledge Base
 All resources
By date

 Geographic search

 Advanced search


Log in

Username
Password


 Click here if you have forgotten your password

View all results

f.85 - Surat Sultan Mansur Terengganu kepada Francis Light berkaitan risikan kedudukan Belanda dan Perancis, perdagangan opium dan lada dan masalah dengan Siam 

Full screen preview

Resource tools

Original PDF File

33.1 MB Restricted

How do you rate this resource?
X  
0 ratings
Resource details

Resource ID

2225

Access

Restricted

Contributed by

Noor Azlinda Wan Jan

Date

25 January 23

Material

Paper

Language

Malay

English Title

Letter from Sultan Mansur of Terengganu to Francis Light regarding the intelligence of the Dutch and French positions, opium and pepper trade and the problem with Siam.

Keywords Recognised

Opium, Pepper (Spice), Dutch, Trades, Siam (Thailand), Terengganu (Malaysia), Sultan Mansur, French

Physical description

1 page of letter

Genre

Letters of correspondence

Spatial coverage

Asia--Malaysia; Asia--Thailand

Source Institution

School of Oriental and African Studies (SOAS), University of London

Holding location

Malaysiana and Archive Division, Perpustakaan Hamzah Sendut, Universiti Sains Malaysia (USM)

Rights management

This item is licensed with the Creative Commons Attribution, Non-Commercial License.

Resource identifier

LL 0001 PHS Digital Collection

Aggregations

Malaysiana and Archives Collection

Image Keys

MS 40320/11, f.85

Document Date

Jumaat, 18 Zulkaedah 1201 / 31 Ogos 1787

Transliteration

Qawluhu al-Haqq

Ini surat pada menyatakan tulus dan ikhlas serta kasih dan sayang yang tiada berhingga iaitu daripada Seri Paduka ayahanda Seri Al-Sultan Mansur Ri’ayat Shah ibni al-Marhum al-Sultan Zainal Abidin yang di atas takhta kerajaan negeri Terengganu Darul Salam barang disampaikan Tuhan Rab al-alam apalah kiranya kepada sahabat kita dan kekasih kita iaitu anak kita Gurnador Pulau Pinang yang memegang perintah kompeni di bawah angin ini dan lagi terlalu arif dan bijaksana pada hal melakukan berkasih kasihan tolong menolong pada sekalian sahabatnya Raja2 dan Orang Besar2 dan ialah yang mempunyai perangai yang lemah lembut seperti air embun sejuknya menghilangkan haus segala sahabatnya dan seperti ambar dan kasturi harumnya memuaskan nafsu segala taulannya dan lagi amat setiawan maka masyhur wartanya di atas angin dan di bawah angin gagah perkasa pada medan peperangan maka termegah ausaf hamidahnya pada sekalian buldan pada hal memerintahkan khair dan solah serta memberi manfaat dan faedah pada samanya Raja2 dan Orang Besar2 di bawah angin maka barang ditinggikan Allah pangkat darjatnya serta beroleh gah kebesaran dan kemuliaan selama ada cakerawala matahari dan bulan dan dipinta kepada Allah barang selamat sempurna dengan istirahat khair dan afiah daripada sekalian mara bahaya dunia selagi ada hayat zamannya wa ba’dah

barang mafhum kiranya anak kita akan hal warkat al-ikhlas wa tuhfat al-ajnas yang dibawa Kapitan Bilayar kapal Jaga2 itu telah sampailah kepada Seri Paduka ayahanda pada saat yang mulia pada ketika yang ria maka disambutlah dengan beberapa hormat kebesaran serta kemuliaan maka serta dibuka daripada meteri lafifahnya maka berhamburlah kalam al-husna perkataan yang kebajikan maka sangatlah jadi kesukaan dan keredhaan Seri Paduka ayahanda akan anak kita memberi sentosa selamat al-khair akan kerajaan negeri supaya jadi pertambatan persatuan antara kedua buldan suruh bersuruhan tiada berkeputusan ‘ala al-dawam syahadan akan hal beras yang anak kita beri mari kepada Kapitan Bilayar dua ratus guni itu telah sampailah kepada Seri Paduka ayahanda maka sangatlah kita menerima kasih akan penolong anak kita maka akan hal harganya lima ratus rial itu sudah kita bayarkan kepada Kapitan Bilayar adanya maka seperti hal Wolanda anak kita minta periksa tentukan tempat negeri Wolanda di sebelah timur ini dan besar kotanya dan banyak orangnya itu lebih tahu anak kita akan tempatnya dan negerinya dan besar kotanya dan banyak orangnya di sebelah Timur ini dan lagi anak kita minta segala perahu Bugis pergi berniaga ke Pulau Pinang itu maka sudahlah Seri Paduka ayahanda bicarakan dengan segala orang Bugis yang masuk ke Terengganu suruh ia pergi ke Pulau Pinang pada musim datang adanya dan lagi anak kita minta benih cengkih dan benih buah pala serta dengan orang pebelanya itu maka tiada penah didengar ada benih cengkih dan benih buah pala di tanah Melayu ini adanya dan lagi anak kita minta tentukan khabar Perangsih di negeri Kochi itu maka akan hal Perangsih khabarnya ada ia pergi ke Kochi tahun dahulu singgah sebentar tetapi tiada ia duduk dalamnya dan jikalau ada barang sesuatu bicaranya dengan orang Kochi itu tiadalah Seri Paduka ayahanda menengarnya dan seperti lada anak kita suruh berjanji dengan kompeni itu telah sukalah Seri Paduka ayahanda maka pada hal harganya itu hendak dibayar dagangan harga modal belian dan lepas sewa kapal itu maka tiadalah Seri Paduka ayahanda tahu mengira2kan harga belian dan lepas sewa kapal itu maka Seri Paduka ayahanda fikirkan dengan sehabis2 ikhtiar dengan Kapitan Glas melainkan yang boleh Seri Paduka ayahanda ambil opiun harganya pada sepeti dua puluh lima pikul lada cuci hingga itulah harganya yang boleh Seri Paduka ayahanda ambil lebih daripada itu tiadalah boleh Seri Paduka ayahanda ambil adanya maka jikalau sudah qabul demikian itu anak kita serta dengan kompeni maka hendaklah anak kita antarkan opiun pada bulan Mayu banyaknya dua ratus peti maka Seri Paduka ayahanda bayar ladanya itu sehabis2 akhirnya hingga pada lima belas hari bulan Agus cuci demikianlah perjanjian kita dengan anak kita dan kompeni adanya maka seperti khabar negeri Terengganu ini maka sangatlah digaduhkan oleh Siam maka banyaklah kehendaknya Siam kepada Seri Paduka ayahanda maka datang surat daripada anak kita kepada Kapitan Glas suruh turut bagaimana kehendak Siam itu pada musim ini supaya jadi muafakat dahulu maka Seri Paduka ayahanda pun turutlah bagaimana kehendak Siam itu pada musim ini tetapi Seri Paduka ayahanda tiadalah percaya akan perkataan Siam itu segala2 maka jikalau sudah qabul daripada perkiraan kita dengan kompeni itu maka hendaklah anak kita antarkan bendera serta cap jikalau boleh dahulu daripada bulan Mayu kerana kita sangatlah dalam gundah maka akan hal pekerjaan kita dengan kompeni Inggeris ini bagai2 nyatalah sudah kepada Wolanda dan Siam maka inilah kita sangat minta tolong kepada anak kita bicarakan menetapkan negeri ini dengan segeranya dan lagi jikalau boleh kita minta tolong kepada anak kita suruhkan perahu Jaga2 dua tiga buah barang dua tiga bulan melihat2 akan hal negeri ini adanya maka seperti hutang Kapitan Banggul itu ada dengan daftarnya daripada ambilannya dan bayarannya Seri Paduka ayahanda beri pergi boleh anak kita periksa adanya tamat al-kalam diperbuat surat ini pada dulapan belas haribulan Zulkaedah pada hari Jumaat pada waktu pukul lima pada sanah 1201

General Notes

Letter written in Jawi

Surat daripada Sultan Mansur Terengganu kepada Francis Light berkaitan risikan kedudukan Belanda dan Perancis, perdagangan opium dan lada dan masalah dengan Siam

License management
Related featured and public collections
  Light Letters Collection (1768-1794) / VOLUME 11
Search for similar resources