Account Menu
  • Log in
  •  Dash
  • Search results
  • USM Collection
  •  Knowledge Base
 All resources
By date

 Geographic search

 Advanced search


Log in

Username
Password


 Click here if you have forgotten your password

View all results

f.82 - Surat Saudagar Nasruddin kepada Francis Light berkaitan perkongsian dagangan dan pembelian kapal serta dagangan ke Brunei 

Full screen preview

Resource tools

Original PDF File

14.8 MB Restricted

How do you rate this resource?
X  
0 ratings
Resource details

Resource ID

2222

Access

Restricted

Contributed by

Noor Azlinda Wan Jan

Date

25 January 23

Material

Paper

Language

Malay

English Title

Letter from Saudagar Nasruddin to Francis Light regarding trade partnerships and ship purchase as well as trade to Brunei.

Keywords Recognised

Trades, Ships, Saudagar Nasruddin, Brunei

Physical description

1 page of letter

Genre

Letters of correspondence

Spatial coverage

Asia--Malaysia; Asia--Brunei

Source Institution

School of Oriental and African Studies (SOAS), University of London

Holding location

Malaysiana and Archive Division, Perpustakaan Hamzah Sendut, Universiti Sains Malaysia (USM)

Rights management

This item is licensed with the Creative Commons Attribution, Non-Commercial License.

Resource identifier

LL 0001 PHS Digital Collection

Aggregations

Malaysiana and Archives Collection

Image Keys

MS 40320/11, f.82

Document Date

15 Safar 1206 / 14 Oktober 1791

Transliteration

Qawluhu al-Haqq

Bahawa ini sahifat al-ikhlas wa tuhfat al-ajnas iaitu daripada hamba Dato’ Syaudagar Nasruddin yang ada terqawaf di negeri Terengganu Darul Salam barang diwasilkan Tuhan Khaliq al-alam apalah kiranya kepada pihak hadrat Dato’ Gurnador yang ada istiqam serta memegang perintah dan tadbir dalam daerah bandar Pulau Pinang barang bertambah2 kebesarannya dan kemuliaannya selagi ada hayat zamannya dan dipanjangkan Allah umur usianya supaya jadi tempat pernaungan sekalian dagang miskin dalam bandarnya serta tolong menolong pada sekalian sahabatnya yang qarib dan ba’id dan dianugerah Allah kerajaannya dengan kesenangan ‘ala al-dawam ma damat al-layali wa al-ayyam wa ba’dah

barang maklum kiranya hadrat Dato’ jika jadi benar kepada hadrat Dato’ maka hamba Dato’ pinta beli kapal sebuah yang baharu umur dua tiga tahun kapal yang baik yang boleh muat tengah empat ribu pikul tetapi Dato’ sebahagi dan Mister Firli sebahagi dan hamba Dato’ sebahagi kemudian jika boleh Mister Firli bubuh orang yang baik serta adun baik2 seperti kapal perang sebab pun hamba Dato’ kehendaki yang demikian itu kerana pada zaman ini lautan sebelah timur ini kesemuanya sangatlah cemarnya maka daripada hal adat orang Melayu pun Dato’ lebih maklum maka sebab itulah hamba Dato’ kehendaki alat yang baik jika kapal itu sampai ke Terengganu hamba Dato’ sendiri hendak berlayar pergi ke sebelah Timur tanah Brunei maka hendaklah Mister Firli muatkan dagangan kain barang empat lima puluh ribu rupia dan opiun barang empat ratus peti opiun patana dan benares maka daripada hal dagangan itu boleh hamba Dato’ bayar dalam seratus tiga puluh maka akan hal opiun itu hamba Dato’ ambil dengan harga tiga ratus tiga puluh lima rial sepeti maka apabila sampai kapal itu ke Terengganu maka mana dagangan yang boleh hamba Dato’ jualkan di Terengganu boleh hamba Dato’ ambil dan mana yang tiada boleh jual di Terengganu dibawa berlayar demikian lagi mana dagangan yang kepada hamba Dato’ pun boleh hamba Dato’ muatkan di kapal bawa berlayar jual ke sebelah tanah Brunei maka daripada hal labanya itupun Dato’ sebahagi dan Mister Firli sebahagi dan hamba Dato’ sebahagi maka pada fikiran hamba Dato’ terlebih untung daripada pergi ke negeri China daripada harga lada timah lebih baik jualan di Terengganu dari Pulau Pinang dan jika jadi bicara ini pinta Dato’ beri pergi surat akan Mister Firli maka di dalam kapal itu pinta Kapitan Karnigi Mister Firli jadikan kapitan kerana Kapitan Karnigi itu boleh jadi berbicara dengan hamba Dato’ maka hamba Dato’ pun sangatlah suka kepada Kapitan Karnigi itu maka daripada hal segala khabar perniagaan segala negeri hendak pergi itu maka kesemuanya sudah hamba Dato’ khabarkan kepada Kapitan Karnigi apabila sampai Kapitan Karnigi ke Pulau Pinang boleh Dato’ periksa dianya dan lagi pada fikiran hamba Dato’ seperti opiun jika hamba Dato’ bawa ke sebelah tanah Brunei itu pada kira2 boleh jual dengan harga empat ratus rial maka sudah berniaga sebelah tanah Brunei balik ke Terengganu apabila sudah segala kapal berlayar ke China mana dagangan yang tinggal seperti lada timah boleh bawa ke Benggala jadi dua tiga kali untung pada semusim di dalam pada itu pun lebih maklum hadrat Dato’ jikalau sudah jadi benar kepada Dato’ maka hendaklah Dato’ beri pergi surat kepada Mister Firli supaya boleh dengan segeranya serta sampai Kapitan Karnigi ke Benggala boleh ia berlayar mari ke Terengganu dan serta hendaklah Dato’ sebutkan dalam surat Mister Firli suruh beri mari rial dalam kapal itu kepada Kapitan Karnigi barang dua puluh ribu rial jikalau ada rial banyaklah ikhtiar hamba Dato’ dan barang kali hamba Dato’ pun ada kesukaran rial sebab itulah hamba Dato’ minta bawa rial maka daripada hal Kapitan Karnigi itu dianya ada orang baik lagi tahu berbicara baik2 melainkan dianya juga suruh mari ke Terengganu ahwal itulah hamba maklumkan ke hadrat Dato’ tamat al-kalam diperbuat surat ini pada lima belas haribulan Safar pada sanah 1206
sebermula jikalau lain daripada Kapitan Karnigi Mister Firli beri mari dalam kapal itu tiadalah jadi jikalau baik segala kapitan itupun kerana tiada boleh tahu adat bicara bagaimana Kapitan Karnigi sebab itulah hamba Dato’ pinta Kapitan Karnigi jadi kapitan dalam kapal itu mari ke Terengganu intaha al-kalam

General Notes

Letter written in Jawi

Surat daripada Saudagar Nasruddin kepada Francis Light berkaitan perkongsian dagangan dan pembelian kapal serta dagangan ke Brunei

License management
Related featured and public collections
  Light Letters Collection (1768-1794) / VOLUME 11
Search for similar resources