2221
Restricted
Noor Azlinda Wan Jan
25 January 23
Paper
Malay
Letter from Sultan Mansur of Terengganu to Francis Light regarding pepper trade and trade to India through Nakhoda Bawa.
Pepper (Spice), Trades, Terengganu (Malaysia), Nakhoda Bawa, Sultan Mansur, India
1 page of letter
Letters of correspondence
Asia--Malaysia; Asia--India
School of Oriental and African Studies (SOAS), University of London
Malaysiana and Archive Division, Perpustakaan Hamzah Sendut, Universiti Sains Malaysia (USM)
This item is licensed with the Creative Commons Attribution, Non-Commercial License.
LL 0001 PHS Digital Collection
Malaysiana and Archives Collection
MS 40320/11, f.81
1 Safar 1205 / 10 Oktober 1790
Qawluhu al-Haqq
Bahawa ini warkat al-ikhlas wa tuhfat al-ajnas yang terbit daripada fuad al-zakiah iaitu daripada Paduka Seri al-Sultan Mansur Ri’ayat Syah ibn al-Marhum al-Sultan Zainal Abidin yang di atas tahta kerajaan negeri Terengganu Darul Salam barang diwasilkan Tuhan Khaliq al-alam apalah kiranya kepada pihak sahabat kita dan kekasih kita iaitu Gurnador yang memegang perintah kompeni dalam bandar Pulau Pinang bertambah2 kebesaran dan kemuliaan serta beroleh umur lanjut dalam dunia maka dipinta barang selamat sempurna dan istirahat dan afiat daripada segala mara bahaya dunia selagi ada hayat zamannya serta melakukan tadbir perintah khair dan solah lagi memberi manfaat faedah atas sekalian Raja2 di bawah angin ini dan masyhurlah wartanya di bawah angin dan di atas angin pada hal terlalu arif dan bijaksana melakukan berkasih kasihan tolong menolong pada sekalian sahabatnya Orang Besar2 dan Raja2 dan barang dikekalkan Allah kebesarannya selama ada cakerawala matahari dan bulan wa ba’dah
barang mafhum kiranya sahabat kita maka daripada hal sahabat kita beri mari surat kepada Kapitan Danlap itu telah sampailah pada kita pada saat yang mulia dan pada ketika yang ria maka kita sambutlah dengan beberapa kesukaan dan keredhaan maka serta terbuka daripada meteri lafifahnya maka berhamburlah kalam dan nizam maka fahamlah kita barang yang termazkur dalamnya daripada khitab yang kiram syahadan maka daripada hal sahabat kita minta tolong akan Kapitan Danlap pada barang sesuatu hal ahwalnya maka sudahlah kita tolong akan dia maka daripada hal lada mana yang ada kesemuanya sudah kita beri dan mana yang yang kurang itu kita bayar rial kepada Kapitan Danlap adanya sebermula daripada hal kapal kompeni yang sahabat kita hendak beri mari itu maka hendaklah sahabat kita beri mari pada musim di hadapan ini serta sahabat kita pesan kepadanya jikalau ada barang sesuatu pekerjaan kita minta tolong maka hendaklah dianya tolong akan kita adanya sebermula adalah kita menyuruh kici kita itu pergi ke negeri Keling Nakhoda Bawa yang membawanya maka apabila sampai ke Pulau Pinang maka hendaklah sahabat kita tolong bicarakan dagangan berikan Nakhoda Bawa mana yang disuka oleh Nakhoda Bawa dagangan yang patut ke negeri Keling maka beberapa banyak sahabat kita beri akan Nakhoda Bawa itu Insya Allah ta’ala kita bayar lada akan sahabat kita di Terengganu dan serta sahabat kita tolong akan Nakhoda Bawa itu pada barang sesuatu pekerjaannya suruh berlayar dengan segeranya awal musim ahwal itulah kita nyatakan adanya dan seperkara lagi hendaklah sahabat kita beri tanda sahabat kita kepada Nakhoda Bawa maka telah haraplah kita akan penolong sahabat kita pada segala pekerjaan ini maka jangan beri gendala kici itu di Pulau Pinang suruh berlayar dengan segeranya maka apabila datang kici itu dari negeri Keling itu pun kita minta tolong kepada sahabat kita juga mengantarkan ke Terengganu serta tolong pada barang sesuatu hal ahwalnya adanya ahwal itulah kita nyatakan tamat al-kalam diperbuat surat pada sehari bulan Safar pada sanah 1205
Letter written in Jawi
Surat daripada Sultan Mansur Terengganu kepada Francis Light berkaitan perdagangan lada dan dagangan ke India melalui Nakhoda Bawa