2218
Restricted
Noor Azlinda Wan Jan
19 January 23
Paper
Malay
Letter from Sultan Mansur of Terengganu to Francis Light regarding the assistance to Sayyid Abdullah Qumasyi, Nakhoda Bawa and Nakhoda Paria Tambi.
Terengganu (Malaysia), Sayyid Abdullah al-Qumasi, Nakhoda Bawa, Sultan Mansur, Nakhoda Paria Tambi
1 page of letter
Letters of correspondence
Asia--Malaysia
School of Oriental and African Studies (SOAS), University of London
Malaysiana and Archive Division, Perpustakaan Hamzah Sendut, Universiti Sains Malaysia (USM)
This item is licensed with the Creative Commons Attribution, Non-Commercial License.
LL 0001 PHS Digital Collection
Malaysiana and Archives Collection
MS 40320/11, f.78
Ahad, 15 Safar 1200 / 18 Disember 1785
"Al-Shams wa al-Qamar
Bahawa ini warkah al-ikhlas wa tuhfat al-ajnas yang terbit daripada fuad al-zakiah iaitu daripada Paduka Seri al-Sultan Mansur Riayat Syah yang di atas tahta kerajaan alam negeri Terengganu Darul Salam barang disampaikan Tuhan Rab al-‘Ibad apalah kiranya kepada pihak sahabat kita dan kekasih kita Gurnador Pulau Pinang yang ada dengan istirahat dan sihat dan afiah dalam daerah kantor kompeni Inggeris serta memegang perintah dan tadbir yang masyhur wartanya di atas angin dan di bawah angin gagah perkasa lagi bijaksana dan setiawan dan budiman dan terlalu arif pada hal memerintahkan pekerjaan sahabat dan taulannya di bawah angin dan lagi teguh setiawan serta mempunyai perangai yang lemah lembut pada hal melakukan berkasih kasihan tolong menolong pada sekalian Raja Raja dan Orang Besar2 dan barang ditambah Tuhan Allah pangkat darjatnya serta beroleh gah kebesaran dan kemuliaan selama lamanya dan lagi dipanjangkan Allah umur usianya dalam dunia dan diselamatkan Allah daripada segala mara bahaya selagi ada hayat zamannya wa ba’dah
barang mafhum kiranya sahabat kita maka adalah kita menyuruh Sayyid Abdullah Qumasyi dan Nakhoda Bawa pergi ke negeri Keling membawak kici kita apabila diselamatkan Allah sampai ke Pulau Pinang hendaklah sahabat kita tolong akan dia pada barang sesuatu hal ahwalnya kesakitan dan kesukaran pada sekalian perkaranya dahulu Allah wa ba’d RasulNya telah harablah kita akan penolong sahabat akan Sayyid Abdullah dan Nakhoda Bawa itu serta sahabat kita suruh akan dia berlayar dengan segeranya kepada awal musim sebermula daripada hal sahabat kita sebutkan hendak beri mari kapal kompeni itu hendaklah sahabat kita beri mari kapal kompeni itu serta sahabat kita pesan kepadanya jikalau ada barang sesuatu pekerjaan kita hendaklah dianya kerjakan maka adalah kita beri pergi Nakhoda Paria Tambi ke Kedah maka hendaklah sahabat kita tolong pada barang sesuatu hal ahwalnya serta sahabat kita antarkan mari Nakhoda Paria Tambi itu dalam kici sahabat kita awal musim pada bulan Syaaban sampai ke Terengganu maka boleh kita himpunkan lada sediakan taruh lada Misteri Firli itu ahwal itulah kita nyatakan maka tiadalah sesuatu cenderamata hanyalah Kain Besar sehelai akan sahabat kita diperbuat surat ini pada lima belas hari bulan Safar pada hari Ahad pada sanah 120"
Letter written in Jawi
Surat Sultan Mansur Terengganu kepada Francis Light berkaitan bantuan kepada Sayyid Abdullah Qumasyi, Nakhoda Bawa dan Nakhoda Paria Tambi