2217
Restricted
Noor Azlinda Wan Jan
19 January 23
Paper
Malay
Letter from Sultan Mansur of Terengganu to Francis Light regarding the matter of offering passage for Lebai Amin to perform Hajj.
Terengganu (Malaysia), Hajj, Sultan Mansur, Lebai Amin
1 page of letter
Letters of correspondence
Asia--Malaysia
School of Oriental and African Studies (SOAS), University of London
Malaysiana and Archive Division, Perpustakaan Hamzah Sendut, Universiti Sains Malaysia (USM)
This item is licensed with the Creative Commons Attribution, Non-Commercial License.
LL 0001 PHS Digital Collection
Malaysiana and Archives Collection
MS 40320/11, f.77
23 Rabiul Akhir 1204 / 10 Januari 1790
"Al-Shams wa al-Qamar
Bahawa ini surat tulus dan ikhlas serta suci hati yang tiada menaruh syak dalamnya iaitu daripada Paduka Seri Sultan Mansur yang mempunyai tahta kerajaan negeri Terengganu barang disampaikan Tuhan sarwa alam apalah kiranya kepada pihak anak kita iaitu Senyur Gurnador yang mempunyai perintah dan kebesaran serta kekayaan di dalam daerah Pulau Pinang yang amat baik budi pekerti lagi setiawan atas melakukan berkasih kasihan dengan segala handai taulannya maka kita pohonkan kepada Tuhan segala alam bertambah2 lanjut usia umur zamannya di dalam sihat lagi afiat amin ya Hannan al-Mannan wa ba’dah
daripada itu barang mafhum kiranya anak kita Senyur Gurnador adalah kita melayangkan sekeping kertas ini dalamnya perihal kita menyatakan ada kita menyuruhkan Lebai Amin serta dengan segala temannya2 itu mengadab kepada pihak anak kita Senyur Gurnador adalah Lebai Amin segala temannya itu dia hendak pergi haji maka sekarang jikalau ada kasih sayang anak kita Senyur Gurnador melainkan kita minta tolong tumpangkan Lebai Amin dengan segala temannya2 itu kepada kapal yang hendak pergi ke negeri Kaling atau pergi ke negeri Surati mana yang disukakan oleh Lebai Amin melainkan hendaklah anak kita tolong tumpangkan dahulu Allah ba’da RasulNya telah harablah kita akan anak kita menolong tumpangkan Lebai Amin dengan segala temannya itu pergi haji dan sebagai lagi kita memberi tahu kepada Syaudagar Nasruddin melainkan hendaklah syaudagar tolong bicara juga akan Lebai Amin itu kerana dia hendak pergi ke negeri Arab dan akan hal barang suatu pekerjaan dan pendengaran yang segala2 hendaklah saudagar menyuruhkan orang menyatakan kepada kita dengan segeranya tamat al-kalam kepada tiga likur hari bulan Rabiul Akhir sanat 1204"
Letter written in Jawi
Surat Sultan Mansur Terengganu kepada Francis Light berkaitan urusan menumpangkan Lebai Amin pergi haji