2213
Restricted
Noor Azlinda Wan Jan
17 January 23
Paper
Malay
Letter from Francis Light to the Sultan of Terengganu regarding trade and the delivery of British ship to Terengganu.
Trades, Ships, Sultan Terengganu, Terengganu (Malaysia), British
1 page of letter
Letters of correspondence
Asia--Malaysia
School of Oriental and African Studies (SOAS), University of London
Malaysiana and Archive Division, Perpustakaan Hamzah Sendut, Universiti Sains Malaysia (USM)
This item is licensed with the Creative Commons Attribution, Non-Commercial License.
LL 0001 PHS Digital Collection
Malaysiana and Archives Collection
MS 40320/11, f.73
[n.d.]
"Ya Ghafur Rahim
Daulat al-‘izam wa bihi al-kiram serta tulus ikhlas yang tiada berkesudahan selagi ada perkitaran cakerawala matahari dan bulan daripada patik Gurnador Pulau Pinang yang teramat hina daripada sekalian hina merafakkan sembah ke bawah tapak cerpu Duli Yang Dipertuan Besar Terengganu Yang Maha Mulia serta patik mohonkan ampun beribu2 ampun penuh limpah terjunjung ke atas jemala patik ampun Tuanku
patik maklumkan ahwal surat Duli Tuanku yang dibawa Saudagar Nasruddin itu terjunjunglah di jemala patik maka patik sambut dengan berapa kesukaan maka segala yang tersebut dalamnya fahamlah patik segenap perkaranya maka sekarang pun barang maksud Duli Tuanku itu sudahlah patik cahari beri pada saudagar maka saudagar pun mana dagangan yang dikehendaki itupun sudah patik serah beri pada saudagar maka mana dagangan yang tiada muat patik muat dalam kapal Mister Firli yang hendak pergi ke Siam suruh punggah di Terengganu segala dagangan itu maka sekarang pun hutang saudagar pada patik lebih kurang lima ribu pikul lada sudah patik pohonkan pinta Duli Tuanku sediakan taruh lada boleh patik suruh kapal pergi terima ambil boleh dengan segeranya kapal pergi ke China jangan jadi tergendala maka sama patik pun duduk bicara hendak beri pergi kapal kompeni sebuah ke Terengganu genap2 tahun pada awal musim suruh singgah di Terengganu dan lagi tahun kehadapan sebuah kapal Benggala pada awal musim suruh singgah di Terengganu duduk bolehlah bicara barang maksud Duli Tuanku ahwal inilah patik maklumkan daulat bertambah2 sihat ‘ala al-dawam"
Letter written in Jawi
Surat Saudagar Nasruddin kepada James Scott ) berkaitan dagangan ke Sambas dan lada ke China