2445
Restricted
Noor Azlinda Wan Jan
29 March 23
Paper
Malay
Letter from Sayid Abu Bakar of Pulau Langkawi to Francis Light regarding the revenue of Pulau Langkawi and the demand for textiles.
Textile fabrics, Revenue, Pulau Langkawi (Kedah, Malaysia), Sayid Abu Bakar
1 page of letter
Letters of correspondence
Asia--Malaysia
School of Oriental and African Studies (SOAS), University of London
Malaysiana and Archive Division, Perpustakaan Hamzah Sendut, Universiti Sains Malaysia (USM)
This item is licensed with the Creative Commons Attribution, Non-Commercial License.
LL 0001 PHS Digital Collection
Malaysiana and Archives Collection
MS 40320/11, f.162
[n.d.]
Alhamdulillah
Adinda Tuan Sayid Abu Bakar datang ke hadrat kekanda Gurnador Raja Pulau Pinang yang mulia
akan hal adinda ini sangatlah hajat hendak berjumpa dengan hadrat kekanda Gurnador maka adinda ini di dalam sakit demam tiada boleh hendak pergi berjumpa lagi melainkan jika ada hayat adinda kemudian hari kehadapan tolong Allah adinda pergi berjumpa dengan hadrat kekanda Gurnador melainkan apa yang ada di dalam Pulau Langkawi lain daripada anyur pinang negeri pulau ini negeri hutan tiada apa barang2 di dalam pulau ini di dalam itu pun jika ada hadrat kekanda bermaksud dengan adinda orang da’ifi ini barang yang ada di dalam pulau bolehlah adinda bicara antar pergi akan hadrat kekanda Gurnador melainkan kasih berkasihan hadrat kekanda Gurnador dengan adinda tanda berpanjangan selagi ada hayat di dalam dunia atas bumi di bawah langit ini itulah adinda pinta pada hadrat kekanda Gurnador kain putih kasar barang dua tiga kodi dan kain enam culupan yang halus2 sedikit barang sekodi melainkan tiadalah apa tanda hayat daripada adinda hanya kertas sahaja tiada apa boleh hendak dicari pada sekali waktu ini itulah adinda suruh Hakim Ibrahim pergi pada hadrat kekanda Gurnador Raja Pulau Pinang yang mashur segala jahan2 negeri ahwal itulah takrifkan
Letter written in Jawi
Surat daripada Sayid Abu Bakar Pulau Langkawi kepada Francis Light berkaitan hasil Pulau Langkawi dan permintaan kain