Account Menu
  • Log in
  •  Dash
  • Search results
  • USM Collection
  •  Knowledge Base
 All resources
By date

 Geographic search

 Advanced search


Log in

Username
Password


 Click here if you have forgotten your password

View all results

f.150 - Surat Tengku Raja Ali Langat kepada Francis Light berkaitan dagangan timah dan hutang 

Full screen preview

Resource tools

Original PDF File

25.0 MB Restricted

How do you rate this resource?
X  
0 ratings
Resource details

Resource ID

2399

Access

Restricted

Contributed by

Noor Azlinda Wan Jan

Date

24 March 23

Material

Paper

Language

Malay

English Title

Letter from Tengku Raja Ali Langat to Francis Light regarding tin trade and debt.

Keywords Recognised

Debts, Trades, Tins, Tengku Raja Ali Langat

Physical description

1 page of letter

Genre

Letters of correspondence

Spatial coverage

Asia--Malaysia

Source Institution

School of Oriental and African Studies (SOAS), University of London

Holding location

Malaysiana and Archive Division, Perpustakaan Hamzah Sendut, Universiti Sains Malaysia (USM)

Rights management

This item is licensed with the Creative Commons Attribution, Non-Commercial License.

Resource identifier

LL 0001 PHS Digital Collection

Aggregations

Malaysiana and Archives Collection

Image Keys

MS 40320/11, f.150

Document Date

6 Rabiul Awal

Transliteration

Al-Shams wa al-Qamar

Bahawa ini warqat al-ikhlas wa tukhfat al-ajnas serta suci hati putih hati serta muafakat yang tiada berkesudahan selagi ada perkitaran cakerawala matahari dan bulan iaitu daripada Seri Paduka Tengku Raja Ali yang bermukim di dalam Langat barang disampaikan Tuhan sarwa sekalian alam apalah kiranya datang kepada sahabat kita Gubernador di Pulau Pinang yang memegang tadbir al-ihsan daripada pihak pekerjaan kompeni Inggeris ialah yang amat budiman lagi bijaksana atas melakukan kasih berkasihan sahabat bersahabat juga adanya

syahadan kemudian daripada itu mangka adalah kita melayangkan warqat al-ikhlas ini kepada sahabat kita serta dengan orang kita Panglima Mesah serta dengan Nakhoda Ismail serta membawa timah sedikit kepada sahabat kita akan jadi pertemuan kita kepada sahabat kita kerana sekarang belumlah lagi kita kerja membuat timah kerana ada kurang belanja kerana inilah akan jadi alamat kepada sahabat kita yang kita sudah kerja di dalam Langat itulah kita suruh bawa kepada sahabat kita dan lagi jikalau ada kasihan belas sahabat kita kita minta tolong kepada sahabat kita utang barang tiga ribu ringgit jikalau ada kiranya pertolongan sahabat kita berikan kepada orang kita itu melainkan haraplah kita akan pertolongan sahabat kita syahadan lagi kita minta tolong kepada sahabat kita beras barang enam koyan kerana tiada sekali2 beras di dalam Langat kerana padi pun belum masak melainkan haraplah kita akan pertolongan sahabat kita dengan segeranya dan lagi haraplah kita akan pertolongan sahabat kita seperti orang kita itu sukar sakitnya di dalam negeri sahabat kita serta kita kirim tabik banyak2 kepada sahabat kita adanya termaktub pada enam hari bulan Rabiul Awal kepada waktu pukul jam sebelas

General Notes

Letter written in Jawi

Surat Tengku Raja Ali Langat kepada Francis Light berkaitan dagangan timah dan hutang

License management
Related featured and public collections
  Light Letters Collection (1768-1794) / VOLUME 11
Search for similar resources