Account Menu
  • Log in
  •  Dash
  • Search results
  • USM Collection
  •  Knowledge Base
 All resources
By date

 Geographic search

 Advanced search


Log in

Username
Password


 Click here if you have forgotten your password

View all results

f.149 - Surat Cik Amat dari La'at kepada Seri Paduka Bandah di Pulau Pinang berkaitan hubungan La'at - Pulau Pinang 

Full screen preview

Resource tools

Original PDF File

14.3 MB Restricted

How do you rate this resource?
X  
0 ratings
Resource details

Resource ID

2398

Access

Restricted

Contributed by

Noor Azlinda Wan Jan

Date

24 March 23

Material

Paper

Language

Malay

English Title

Letter from Cik Amat dari La'at to Seri Paduka Bandah in Pulau Pinang regarding the relationship of La'at - Pulau Pinang.

Keywords Recognised

Pulau Pinang (Malaysia), Cik Amat, Seri Paduka Bandah

Physical description

1 page of letter

Genre

Letters of correspondence

Spatial coverage

Asia--Malaysia

Source Institution

School of Oriental and African Studies (SOAS), University of London

Holding location

Malaysiana and Archive Division, Perpustakaan Hamzah Sendut, Universiti Sains Malaysia (USM)

Rights management

This item is licensed with the Creative Commons Attribution, Non-Commercial License.

Resource identifier

LL 0001 PHS Digital Collection

Aggregations

Malaysiana and Archives Collection

Image Keys

MS 40320/11, f.149

Document Date

2 Rabiul Akhir 1202? / 11 Januari 1788

Transliteration

Yajma’ Allah baynana wa baynakum

Alhamdulillah allazi khalaqtani min al-‘adam ila al-wujud bahawa sahifat al-khulus wa tuhfat a-ajnas yang terbit daripada fuad al-zakiyyah yang termaktub dalamnya secarik kertas al-abyad yang mukhtasar al-kalam yang termazkur dalamnya menyatakan sembah bi khidmat al-ta’zim wa al-takrim yang dihiasi dengan beberapa tahmid yang terafdal dan doa al-mustajabat yang terakmal maka dipesertakan pula dalamnya tulus dan mahabbat ashwaq zahir dan batin cinta kasih serta berkasih kasihan yang tiada berintaha bi jami’ alayal wa al-ayyam daripada paduka anakandah Cik Amat yang diam dalam daerah La’at yang amat da’if dan serta tiada empunya daya dan upaya barang diwasilkan oleh Tuhan Rab al-‘Arsy al-‘azim apalah kiranya datang kepada wajah darjah yang mukhtaram al-mukram iaitu pihak Seri Paduka Bandah yang ‘ala al-dawam julus al-‘aziz wa al-istirahat al-khairi dalam daerah Pulau Pinang Darul Salam syahadan ‘afa Allah ‘anhu wa zad ‘alayh wa ta’atih ‘ala al-dawam mudah mudahan jua barang kiranya dilanjutkan Allah ‘Azza wa Jalla usyia umur zaman Seri Paduka Bandah dalam alam dunia ini dengan kesentosaan dan kesenangan ‘ala al-dawam dengan berkat sahib al-hujjah wa al-barakat Muhamad al-Mustafa khair al-anam wa ‘ala alihi wa sahbihi al-kiram amin2 ya rab al-‘alamin wa ba’d

kemudian daripada itu thana yang dirafakkan dan khurmat adab al-tartib al-kalam yang dizahirkan kenyataan tandah tulus dan farah abadan sarmadan maka barang maklum jua kiranya Seri Paduka Bandah maka daripada peri hal keadaannya warqat al-mubarak daripada Seri Paduka Bandah insya Allah Ta’ala telah wasil adanya pada anakandah dengan kamaliahnya dan beberapa anakandah mengucap syukur alhamdulillah ‘ala kulli ni’mat sebermula warqat al-mahabbat al-ikhlas daripada Seri Paduka Bandah manakala terbuka daripada meterinya maka kelihatanlah bagi segala janib shatarnya dan nizamnya yang indah2 kalimah yang mantuq di dalamnya akan alamat al-mahabbat yang ikhlas daripada Seri Paduka Bandah maka sejuklah qulub yang tersami’ serta mafhumlah anakandah barang murad dan maksud Seri Paduka Bandah dengan beserta maksud daripada Gurnador Pulau Pinang pada anakandah dan beberapa anakandah menerima kasih serta syukur pada anakandah seperti mana2 kehendak dan maksud Seri Paduka Bandah dan gurnador akan meletakkan tempat kediaman anakandah bahawasanya sekali2 tiadalah anakandah akan dapat menyalahi yang seperti demikian itu syahadan daripada qasad dan maksud anakandah kepada Seri Paduka Bandah terlebih afdal Seri Paduka Bandah bermesyuaratlah serta muafakat yang keputusan kepada Gurnador maka jikalau sekiranya2 ada tulus ikhlas di dalam hatinya Gurnador pada anakandah maka datangkanlah sekeping warqat yang tandah tangannya yang ketentuannya Gurnador akan meletakkan anakandah seperti mana perkataan Gurnador itu insya Allah Ta’ala dengan berkat syafaat nabi anakandah mengadaplah ke bawah duli Seri Paduka Bandah jikalau upamanya dengan sampan yang kecil sekalipun melainkan anakandah mengadaplah demikianlah adanya yang kehendak anakandah yang tahqiq kepada Seri Paduka Bandah dan lagi terlebih maklumlah Seri Paduka Bandah akan peri halnya dunia pada zaman ini sangatlah berubah2 adanya fikirkanlah Seri Paduka Bandah dengan akal yang halus dan dengan nadar yang daqiq adanya jua maka suatupun tiada alamat al-hayat anakandah akan Seri Paduka Bandah hanyalah sehelai kain Bugis jua adanya tamat al-kalam bi al-khair ma’a al-du’a fi kull waqt wa hin mim ‘ain ra wau fa alif lam kaf ra kho ya

General Notes

Letter written in Jawi

Surat daripada Cik Amat dari La'at kepada Seri Paduka Bandah di Pulau Pinang berkaitan hubungan La'at - Pulau Pinang

License management
Related featured and public collections
  Light Letters Collection (1768-1794) / VOLUME 11
Search for similar resources