2393
Restricted
Noor Azlinda Wan Jan
23 March 23
Paper
Malay
Letter from Orang Kaya Setia Raja in Sambas to James Scott regarding textile trade.
Textile, James Scott, Trades, Sambas (Indonesia), Orang Kaya Setia Raja
1 page of letter
Letters of correspondence
Asia--Malaysia; Asia--Indonesia
School of Oriental and African Studies (SOAS), University of London
Malaysiana and Archive Division, Perpustakaan Hamzah Sendut, Universiti Sains Malaysia (USM)
This item is licensed with the Creative Commons Attribution, Non-Commercial License.
LL 0001 PHS Digital Collection
Malaysiana and Archives Collection
MS 40320/11, f.144
Rabu, 22 Safar 1209 / 17 September 1794
Qawluhu al-Haqq
Bahawa ini warqat al-ikhlas wa tuhfat al-ajnas yang terbit ia daripada fuad yang hening lagi iaitu daripada Orang Kaya Setia Raja yang istirahat al-khair dalam daerah negeri Sambas barang disampaikan Allah Subhanah wa Ta’ala apalah kiranya kepada sahabat kita Kapitan Uskut yang ada istirahat al-khair dalam daerah bandar Pulau Pinang barang diberi tuan Allah umur panjang serta dikekalkannya sahabat bersahabat dan kasih berkasihan selagi ada peredaran cakerawala matahari dan bulan dan bertambah2 beroleh kemuliaan dan kesenangan serta dipohonkan atasnya sihat dan afiat wa ba’dah
daripada itu barang maklum kiranya sahabat kita maka adalah kita mengirimkan sekeping kertas yang kecil tiada dengan sepertinya pada menyatakan tulus dan ikhlas serta putih hati yakni serasa2 kita bertemu sendiri dengan sahabat kita daripada sangat rindu dan dendam yang tiada berkeputusan pada siang dan malam dan pada tiap2 waktu dan ketika tiadalah diperoleh daripada nama yang lupa dan lalai barang saat jua adanya dan adapun kita kehendaki kepada sahabat kita kita minta sutera dan kain hitam demikianlah adanya dan lagi kita minta kirimkan cindai seperti yang dahulu dan lagi kain emu yang halus demikianlah adanya suatu pun tiada burhan al-hayat hanyalah lilin sepikul tanda tulus dan ikhlas tiada dengan sepertinya tamat al-kalam
Tersurat warqat ini kepada dua likur hari bulan Safar hari Arba’ pada waktu duha hijrat al-nabawiy 1209
Letter written in Jawi
Surat Orang Kaya Setia Raja di Sambas kepada James Scott berkaitan perdagangan kain