2392
Restricted
Noor Azlinda Wan Jan
23 March 23
Paper
Malay
Letter from Yang Dipertuan Sambas to Francis Light regarding trade in Sambas and rifles purchase.
Trades, Rifles, Sambas (Indonesia), Yang Dipertuan Sambas
1 page of letter
Letters of correspondence
Asia--Malaysia; Asia--Indonesia
School of Oriental and African Studies (SOAS), University of London
Malaysiana and Archive Division, Perpustakaan Hamzah Sendut, Universiti Sains Malaysia (USM)
This item is licensed with the Creative Commons Attribution, Non-Commercial License.
LL 0001 PHS Digital Collection
Malaysiana and Archives Collection
MS 40320/11, f.143
Khamis, 8 Zulkaedah 1206 / 28 Jun 1792
Bahawa inilah alamat daripada Duli Yang Dipertuan Sambas barang disampaikan Allah Subhanah wa Ta’ala kiranya kepada sahabat kita Orang Besar Pulau Pinang
jikalau ada suka sahabat kita berniaga dengan kita orang Sambas negeri yang kecil baiklah sahabat kita menyuruhkan membawa dagangan yang mana boleh laku di dalam negeri Sambas daripada hal dagangan itu sahabat kita periksa sama kapitan kerana dia yang sudah tahu daripada dagangan yang laku dan yang tiada laku demikianlah adanya sebagai lagi jikalau sahabat kita bersuruhan ke Sambas kita orang minta dibawakan meriam barang sepasang yang panjang dua depa jangan kurang daripada itu serta dengan pelurunya barang berapa harganya asal tolong dari sahabat kita demikianlah adanya tamat al-kalam tarikh kepada delapan hari bulan Zulkaedah pada hari Khamis fi waqt ‘asar 1206
Letter written in Jawi
Surat daripada Yang Dipertuan Sambas kepada Francis Light berkaitan dagangan di Sambas dan pembelian senapang