Account Menu
  • Log in
  •  Dash
  • Search results
  • USM Collection
  •  Knowledge Base
 All resources
By date

 Geographic search

 Advanced search


Log in

Username
Password


 Click here if you have forgotten your password

View all results

f.142 - Surat Sultan Umar Aqamuddin Sambas kepada Francis Light berkaitan dagangan lada 

Full screen preview

Resource tools

Original PDF File

22.7 MB Restricted

How do you rate this resource?
X  
0 ratings
Resource details

Resource ID

2391

Access

Restricted

Contributed by

Noor Azlinda Wan Jan

Date

23 March 23

Material

Paper

Language

Malay

English Title

Letter from Sultan Umar Aqamuddin Sambas to Francis Light regarding pepper trade.

Keywords Recognised

Pepper (Spice), Trades, Sultan Umar Aqamuddin Sambas

Physical description

1 page of letter

Genre

Letters of correspondence

Spatial coverage

Asia--Malaysia

Source Institution

School of Oriental and African Studies (SOAS), University of London

Holding location

Malaysiana and Archive Division, Perpustakaan Hamzah Sendut, Universiti Sains Malaysia (USM)

Rights management

This item is licensed with the Creative Commons Attribution, Non-Commercial License.

Resource identifier

LL 0001 PHS Digital Collection

Aggregations

Malaysiana and Archives Collection

Image Keys

MS 40320/11, f.142

Document Date

Sabtu, 12 Safar 1207 / 29 September 1792

Transliteration

Qawluh al-Haqq

Bahawa inilah warqat al-ikhlas wa tuhfat al-ajnas yang terbit ia daripada fuad yang hening lagi jernih iaitu daripada Seri Paduka Sultan Umar Aqamuddin ibn Marhum Sultan Abu Bakar Kamaluddin yang bertahta kerajaan di dalam negeri Sambas Darul Sighar ayyadah Allah bi nasrih wa al-awkar barang disampaikan Allah Subhanah wa Ta’ala kiranya kepada majlis sahabat kita Tuan Gurnador yang mempunyai perintah di dalam bandar Pulau Pinang Darul Ihsan yang diberi Allah limpah dan makmur sekalian dagang dan gharib maka mashurlah pada sekalian negeri yang besar dan yang kecil menengar budi pekertinnya yang amat madrur daripada segala perintah dan mengasihi segala anak dagang yang gharib wa al-ba’id daripada hal sahabat bersahabat dan kasih berkasihan dan sekalian pun hendaklah bernaung kepadanya selagi ada peredaran nur al-shams wa al-qamar janganlah hali daripada hal suruh bersuruhan dan kasih berkasihan demikianlah adanya wa ba’dah

kemudian daripada itu barang mafhum kiranya sahabat kita daripada hal warqat al-ikhlas daripada sahabat kita serta dengan kiriman kitab telah wasillah kepada kita orang dengan selamatnya fi sa’at al-mubarak maka kita sambutlah dengan beberapa kesukaan dan keredhaan yang tiada menterai yakni seperti kita orang bertemu sendiri dengan sahabat kita sahadan sebagai lagi akan hal sahabat kita minta dihimpunkan lada barang empat lima ribu pikul itu sebenarnya jikalau ada dengan putih hati sahabat kita serta dengan kasihan kita minta tolong daripada pokok kerana lebih maklumlah sahabat kita kerana kita baharu bangun daripada mati jikalau tiada sahabat kita menolong laksana tanaman yang tiadakan hujan demikianlah adanya dan sebagai lagi akan hal sahabat kita mau tahu daripada kesakitan kita orang Sambas sahabat kita tanya kepada Kapitan Uskat kerana dia sudah lihat sendiri kerana kuala baharu terbuka dan orang dagang belum ada yang datang seperti dahulu dan orang Sambas pun belum ada keluar pergi berniaga kerana lagi dalam kesusahan daripada makanan melainkan lebih maklumlah sahabat kita demikianlah adanya intaha al-kalam bi ‘afwu rab al-manan suatupun tiada burhan al-hayat yang dipesertakan kepada akhir warqat ini hanyalah budak perempuan dua orang itupun tanda hidup jua adanya laksana bunga yang nirmala jua adanya tersurat warqah ini kepada dua belas hari bulan Safar kepada hari Sabtu dan kepada waktu asar hijrat al-nabiy 1207

General Notes

Letter written in Jawi

Surat daripada Sultan Umar Aqamuddin Sambas kepada Francis Light berkaitan dagangan lada

License management
Related featured and public collections
  Light Letters Collection (1768-1794) / VOLUME 11
Search for similar resources