2387
Restricted
Noor Azlinda Wan Jan
23 March 23
Paper
Malay
Letter from Sultan Umar Aqamuddin Sambas to Francis Light regarding opium trade and weapon purchase.
Opium trade, Weapons, Sultan Umar Aqamuddin Sambas
1 page of letter
Letters of correspondence
Asia--Malaysia
School of Oriental and African Studies (SOAS), University of London
Malaysiana and Archive Division, Perpustakaan Hamzah Sendut, Universiti Sains Malaysia (USM)
This item is licensed with the Creative Commons Attribution, Non-Commercial License.
LL 0001 PHS Digital Collection
Malaysiana and Archives Collection
MS 40320/11, f.138
Selasa, 21 Safar 1209 / 16 September 1794
Qultu
Bahawa ini warqat al-ikhlas wa tuhfat al-ajnas yang terbit ia daripada fuad yang hening lagi jernih iaitu daripada Paduka Seri Sultan Umar Aqamuddin yang bertahta kerajaan dalam daerah negeri Sambas barang disampaikan Allah Subhanah wa Ta’ala apalah kiranya kehadapan majlis sahabat kita tuan Gurnador yang mempunyai perintah dan tadbir dalam daerah negeri Pulau Pinang Darul Aman mudah mudahan tuan Allah beri umur panjang serta bertambah2 kemuliaan dan kekayaan selagi ada edaran cakerawala matahari dan bulan wa ba’dah
daripada itu barang mafhum kiranya sahabat kita akan hal warqat al-ikhlas yang diihtimalkan sahabat kita kepada Kapitan Jabsin Manarab telah sampailah pada kita dengan selamatnya fi sa’at al-mubarak dan pada ketika istirahat maka kita sambutlah dengan beberapa kesukaan dan keredhaan serta dibuka daripada gulung lipatan meterinya dan ditatap daripada zanib shatarnya maka mafhumlah kita akan barang yang termazkur dalamnya adapun fasal daripada opiun itu melainkan kita minta kepada sahabat kita dengan harga sembilan belas tahil seperti harga yang dahulu terlebih maklumlah sahabat kita akan hal negeri kecil lagi sentiasa dalam uzur tiada siapa yang dapat tempat kita minta tolong melainkan kepada sahabat kita dan lagi kita minta tolong kepada sahabat kita opiun yang baik barang lima puluh peti dan kita minta tolong meriam yang panjang enam hasta atau lima hasta sepuluh pasang dan seperkara lagi ada kita punya orang hendak pergi ke tanah besar ada dulapan orang kita tumpangkan kepada Kapitan Jabsin Manarab minta tolong kepada sahabat tumpangkan kepada kapal yang hendak berlayar ke barat demikianlah adanya suatu pun tiada burhan al-hayat yang disertakan kepada akhir shatar ini hanyalah budak perempuan dua orang tamat al-kalam bi al-khair wa al-salam
Tersurat warqat ini kepada selikur hari bulan Safar kepada hari Selasa pada waktu asar hijrat al-sul 1209
Letter written in Jawi
Surat daripada Sultan Umar Aqamuddin Sambas kepada Francis Light berkaitan dagangan opium dan pembelian senjata