2386
Restricted
Noor Azlinda Wan Jan
23 March 23
Paper
Malay
Letter from Tengku Kejuruan Japura Langkat to Francis Light regarding tin trade and weapon purchase.
Weapons, Trades, Tins, Tengku Kejuruan Japura Langkat
1 page of letter
Letters of correspondence
Asia--Malaysia
School of Oriental and African Studies (SOAS), University of London
Malaysiana and Archive Division, Perpustakaan Hamzah Sendut, Universiti Sains Malaysia (USM)
This item is licensed with the Creative Commons Attribution, Non-Commercial License.
LL 0001 PHS Digital Collection
Malaysiana and Archives Collection
MS 40320/11, f.137
21 Februari 1788
Ya Qadiya al-Hajat
Alhamdulillah Rab al-‘alamin wa al-‘aqibat li al-muttaqin wa al-salat wa al-salam ‘ala rasulik sayyidina Muhamad sayyid al-anbiya’ wa al-mursalin wa ‘ala alihi wa ashabih ajma’in maka diiringi dengan beberapa hormat mulia iaitu daripada Tengku Kejuruan Japura barang diwasilkan Tuhan habib al-Rahim apalah kiranya kepada syaudara beta Kapitan Seri Gurnador yang bermakam di dalam bandar Pulau Pinang dan lagi yang beroleh darjat dan sihat daripada Tuhan kita Hannan al-Mannan serta pangkat martabat kebesaran dan kemuliaan dan kekayaan selagi ada cakerawala matahari dan bulan amin ya rab al-‘alamin wa ya khair al-nasirin wa ba’d
kemudian dari itu barang maklum kiranya syaudara beta akan hal yang seperti kata di dalam surat syaudara beta sudahlah sampai kepada beta dibawalah oleh Nakhoda Barul serta dengan sakhlat sekayu dan permadani dua kayu dan kain sekayu akan sekarang pun Nakhoda Barul juga beta suruh mendapatkan syaudara beta serta dengan dia tiga buah perahu yang seperti pesan syaudara beta macam dagangan itu adalah dibawa oleh Nakhoda Barul sedikit2 sejenis jikalau berkenan kepada syaudara beta seperti macam dagangan itu hendaklah syaudara beta beri belanja mana sekadar mudahnya adapun akan bijih timah itu jikalau berkenan kepada syaudara beta hendaklah syaudara beta berikan dengan pawang mengambil bijih itu suatu lagi akan hal perahu yang tiga buah itu pun saudara betalah tahu akan baik dan jahatnya dan daripada sukar mudahnya dan daripada jual belinya melainkan syaudara betalah yang beta harapkan seperkara lagi jikalau ada mudahnya kepada syaudara beta rentaka dengan pemuras serta dengan peluru dan ubat bedil barang sedikit akan utang beta mana yang berkenan harganya kepada syaudara beta biarlah beta kirimkan kepada Nakhoda Barul itulah suatupun tiada alamat al-hayat hanya budak ada seorang tamat tamat
Letter written in Jawi
Surat daripada Tengku Kejuruan Japura Langkat kepada Francis Light berkaitan perdagangan bijih timah dan pembelian senjata