Account Menu
  • Log in
  •  Dash
  • Search results
  • USM Collection
  •  Knowledge Base
 All resources
By date

 Geographic search

 Advanced search


Log in

Username
Password


 Click here if you have forgotten your password

View all results

f.123 - Surat Tengku Muda Teluk Semawi kepada Francis Light berkaitan masalah peperangan dan penghataran lada 

Full screen preview

Resource tools

Original PDF File

14.3 MB Restricted

How do you rate this resource?
X  
0 ratings
Resource details

Resource ID

2370

Access

Restricted

Contributed by

Noor Azlinda Wan Jan

Date

16 March 23

Material

Paper

Language

Malay

English Title

Letter from Tengku Muda Teluk Semawi to Francis Light regarding war problems and shipment of pepper.

Keywords Recognised

Pepper (Spice), Shipment of goods, Tengku Muda Teluk Semawi

Physical description

1 page of letter

Genre

Letters of correspondence

Spatial coverage

Asia--Malaysia

Source Institution

School of Oriental and African Studies (SOAS), University of London

Holding location

Malaysiana and Archive Division, Perpustakaan Hamzah Sendut, Universiti Sains Malaysia (USM)

Rights management

This item is licensed with the Creative Commons Attribution, Non-Commercial License.

Resource identifier

LL 0001 PHS Digital Collection

Aggregations

Malaysiana and Archives Collection

Image Keys

MS 40320/11, f.123

Document Date

[n.d.]

Transliteration

Ya Qadiya al-Hajat

Ini alamat surat tulus ikhlas serta dengan suci hati yang putih lagi jernih amat hening daripada Tengku Muda yang ada berhenti di dalam Teluk Semawi barang disampaikan Tuhan sarwa sekalian alam apalah kiranya kepada sahabat sahaya Datuk Gurnador yang ada duduk di dalam bandar Pulau Pinang maqam al-darajat yang beroleh pangkat kelebihan serta nama ihsan kemurahan yang amat masyhur kepada segala bandar yang dipuji oleh segala dagang dekat dan yang jauh pada ahli memerintahkan segala handai dan taulan dan segala sahabatnya dan kasihan akan segala mengibarkan alam yang makmur atas dagang yang berniaga serta anak piatu dan yatim faqir miskin yang tiada berkesudahan datang perginya ke Pulau Pinang ini min dar al-dunya ila dar al-akhirat amin ya rab al-‘alamin amma ba’d

adapun kemudian dari itu maka barang Tuan ketahui akan hal hamba ini di Teluk Semawi di dalam bahaya peperangan dan dengan Panglima Laut tiada berhenti maka sekarangpun harab akan Allah dan akan rasul kemudian harab hamba akan tuan sahabat hamba maka barang tuan penuhkan kiranya hajat hamba kepada tuan pinta julung julung barang dua buah yang boleh masuk sungai Pesangan maka Tuan beri kapal satu tempat muat lada dengan pinang nenggeri itu terlalu banyak tia boleh keluar kerana perang dengan Panglima Laut rangyat pun terlalu banyak sudah mati akan sekarangpun tengah perang juga jikalau ada tolong Tuan barang segera2 Tuan jajat hamba itu dan sebagai lagi akan Kapitan Yu pun ada mengawani Teluk Semawi hendak perang akan akan perahu Aceh pun sudah diambilnya dua tiga buah itu pun terlalu sukar maka sekarang mana ikhtiar Tuan adapun Teluk Semawi dengan Pulau Pinang ini suatu jua ke tempat Tuan nenggeri Tuan maka sahaya ini mengikutkan hat janji tuan dengan hamba tatka masa dulu sampai kepada masa sekarang jikalau ada barang2 buat kesyukuran sampai surat hamba kepada Tuan kerana inilah hamba kirim akan Tuan suatu surat kerana ada hamba di Teluk Semawi akan Teuku Lam Fariq Pu Cut Lambak dengan Teuku Kerat ada di Pesangan tengah berperang akan hamba tiada boleh lalu dari Teluk Semawi kerana Kapitan Yu kehendak perang lagi pesan hamba tanglung barang dua buah demikianlah khabar tamat akan perahu yang ada sampai kepada tuan pun akhir Tuan tamat

General Notes

Letter written in Jawi

Surat daripada Tengku Muda Teluk Semawi kepada Francis Light berkaitan masalah peperangan dan penghataran lada

License management
Related featured and public collections
  Light Letters Collection (1768-1794) / VOLUME 11
Search for similar resources