1126
Restricted
Al-Rashid Kalandar Mastan
10 May 22
Paper
Malay
Letter from Sultan Abdullah Mukarram Shah to Francis Light regarding stolen tin that was sold.
Letter writing, Light, Francis, 1745-1794, Delivery of goods, Pulau Pinang (Malaysia), Kuala Muda (Kedah), Sultan Abdullah Mukarram Shah ibni al-Marhum Sultan Muhammad Jiwa Zainal Adilin Mu'adzam Shah II, Kanju Tambi, Hasan Kandu, Bendahari Muhamad Lebai, Tin theft, Husin Lebai
1 page of letter
Letters of correspondence
Asia - Malaysia
School of Oriental and African Studies (SOAS), University of London
Malaysiana and Archive Division, Perpustakaan Hamzah Sendut, Universiti Sains Malaysia (USM)
This item is licensed with the Creative Commons Attribution, Non-Commercial License
LL 0001 (PHS Digital Collection number)
Malaysiana and Archives Collection
Bahagian Malaysiana dan Arkib
MS 40320/7, f.216
Sabtu, 30 Zulkaedah
Al-Mustahaqqah
Surat kasih sayang serta tulus ikhlas yang tiada berkesudahan daripada beta sampai kepada sahabat beta Gurnador Pulau Pinang
bahawa akan surat sahabat beta beri mari serta timah tiga bahara itu sudahlah sampai beta suruh terima maka tersebut di dalam surat sahabat beta kata Bendahari Muhamad Lebai curi timah dari Kuala Muda suruh Husin Lebai dan Lebai anak Kanju Tambi bawa pergi jual ke Pulau Pinang pada Hasan Kandu akan Husin Lebai dan Lebai anak Kanju Tambi itu sudah sahabat beta tangkap bubuh dalam gedung maka Bendahari Muhamad Lebai itu pun sudah beta suruh ambil bawa mari beta suruh periksa katanya tiada ia suruh jual inilah beta pinta sahabat beta beri mari Husin Lebai dan Lebai anak Kanju Tambi itu boleh hendak diperiksa berhadapan dengan Bendahari Muhamad Lebai supaya timbul benar salah boleh beta hendak hukumkan atas yang jahat itu akan Hasan Kandu itu pun pinta sahabat beta beri mari bersama sama boleh hendak diperiksa sama lagi banyak aduan orang atasnya dan hutang pada beta pun banyak itulah beta nyatakan perbuat surat pada tiga puluh haribulan Zulkaedah pada hari Sabtu tamat
Letter written in Jawi.
Surat Sultan Abdullah Mukarram Shah berkaitan timah curi yang dijual