925
Restricted
Mohd Hezri Mansor
03 March 22
Paper
Malay
Notes on debts of Raja Pahlawan, Raja Dewa Makota and Bendahari Muhammad Lebai.
Letter writing
1 page of account
Accounts
Asia - Malaysia
School of Oriental and African Studies (SOAS) University of London
Malaysiana and Archive Division, Perpustakaan Hamzah Sendut
This item is licensed with the Creative Commons Attribution, Non-Commercial License.
LL 0001 PHS Digital Collection
Malaysiana and Archives Collection
BMA
MS40320/3, f.30
[n.d.]
Babat ini fasal piutang Raja Pahlawan dan Raja Dewa Makota dan Bendahari Muhammad Lebai pada orang Pulau Pinang.
Pertama2 pada Cik Bakar tujuh puluh dua rial sesuku.
Dan ambilan jurumudi tiga puluh tengah empat rial.
Dan ambilan Cik Man Pulau Pinang seratus empat puluh tiga emas jadi riyal tujuh puluh tengah dua rial.
Dan ambilan Cik Buyung seratus rial.
Dan ambilan Cik Malim dulapan rial.
Dan sebagai pula ambilan Cik Man kepada Malim emas tiga puluh rial.
Dan ambilan Cik Kampit kepada Malim emas lima belas rial.
Dan ambilan Cik Jenal kepada Nakhoda Syeikh tiga puluh tujuh rial tengah empat suku.
Dan sebagai pula ambilan Cik Jenal pada Dato’ Seri Maharaja Dewa lima rial.
Jadi jumlah tiga ratus tujuh puluh rial tengah dua suku. Tamat.
Di dalam ini wasal Cik Bakar dua fasal tengah enam belas rial.
Tinggal baki lagi di atas orang yang tersebut ini tiga ratus lima puluh tujuh riyal lima kupang.Tamat.
Maka sekalian rial yang tersebut ini serta sampai surat tuan Gurnador itu sudah perhamba serahkan pada masing2 tuan arta itu. Maka segala orang berhutang itu sudah tuan periksa, sudah masing2 mengaku sebanyak hutangnya itu. Maka jadilah tuan beri surat mari pada perhamba suruh bayarkan masing2 tuan arta itu, sudah perhamba serahkan. Tamat.
[MS40320/3 f.30v]
Ini daftar ambilan orang Pulau Pinang ditolak Tok Seri Maharaja Dewa.
Letter written in Jawi.
Catatan hutang Raja Pahlawan, Raja Dewa Makota dan Bendahari Muhammad Lebai.