2673
Restricted
Noor Azlinda Wan Jan
08 May 23
Paper
Malay
Letter from Sultan Abdullah Mukarram Shah of Kedah to Francis Light regarding the draft letter to be sent to the Governor General in Bengal.
Light, Francis, 1745-1794, Kedah (Malaysia), Benggala (Bangladesh), Gabenor Jeneral, Sultan Abdullah Mukarram Shah ibni al-Marhum Sultan Muhammad Jiwa Zainal Adilin Mu'adzam Shah II
2 pages of letter
Letters of correspondence
Asia--Malaysia; Asia--Bangladesh
School of Oriental and African Studies (SOAS), University of London
Malaysiana and Archive Division, Perpustakaan Hamzah Sendut, Universiti Sains Malaysia (USM)
This item is licensed with the Creative Commons Attribution, Non-Commercial License.
LL 0001 (PHS Digital Collection number)
Malaysiana and Archives Collection
MS 40320/10, f.61
9 Syawal 1203, tahun Ba, 3 Julai 1789
Al-Mustahaqqah
Surat tulus ikhlas berkasih-kasihan daripada beta kepada sahabat beta Gurnador Pulau Pinang yang bijaksana telah masyhur ke mana-mana.
Kemudian dari itu, barang tahu sahabat beta akan surat sahabat beta beri mari pada beta menyatakan sahabat beta hendak pergi ke Benggala sendiri. Maka sahabat beta pinta surat beta, beri akan Jenderal Benggala, hendak bawa pergi.
Maka sangatlah kesukaan beta sebab sahabat beta menyatakan sangat tulus ikhlas putih hati pada beta ini kerana beta daripada kecik lagi Paduka Marhum ambil kasihi akan sahabat beta, pelihara dijadikan sahabat kepercayaan sangat, tiada menaruh syak dan sangka dan demikian lagi beta ini pun tiadalah berubah kasih adanya dan harap akan sahabat beta itu.
Maka akan surat beta akan Jenderal itu sudah beta muafakat dengan menteri pegawai, cahari pendapat hendak buat rencananya. Maka menteri pegawai punya pendapat itu tiadalah boleh berubah daripada (ba-wau-nya/baunya?) pinta dan kehendak surat beta dahulu itu. Maka hendak muafakat dengan sahabat beta.
Maka sahabat beta jauh tiada boleh habis kata tutur. Maka inilah beta suruh Cik Muhamad dan Panglima Kota Seri Bijaya Muluk pergi pada sahabat beta, beta pinta sahabat betalah tolong buat rencana tutur kata menurut adat kompeni, serta beta pinta orang yang tahu menyurat bahasa Serani, boleh beta muafakat, beta suruh salin bubuh cop serahkan pada sahabat beta, terima ambil bawa pergi sampaikan pada Jenderal Benggala. Ahwal inilah dinyatakan.
Pergi surat pada hari Jumaat sembilan haribulan Syawal sanah 1203 pada tahun Ba. Tamat al-kalam.
[Di belakang surat]
Ini surat dari Kedah
Letter from Quedah
Letter written in Jawi.
Surat daripada Sultan Abdullah Mukarram Shah Kedah kepada Francis Light berkenaan rangka surat untuk dihantar kepada Gabenor Jeneral di Benggala