Account Menu
  • Log in
  •  Dash
  • Search results
  • USM Collection
  •  Knowledge Base
 All resources
By date

 Geographic search

 Advanced search


Log in

Username
Password


 Click here if you have forgotten your password

View all results

f.147 - Surat Sultan Umar Aqamuddin Sambas kepada Francis Light berkaitan hutang 

Full screen preview

Resource tools

Original PDF File

13.1 MB Restricted

How do you rate this resource?
X  
0 ratings
Resource details

Resource ID

2396

Access

Restricted

Contributed by

Noor Azlinda Wan Jan

Date

24 March 23

Material

Paper

Language

Malay

English Title

Letter from Sultan Umar Aqamuddin Sambas to Francis Light regarding debt.

Keywords Recognised

Debts, Sultan Umar Aqamuddin Sambas

Physical description

1 page of letter

Genre

Letters of correspondence

Spatial coverage

Asia--Malaysia

Source Institution

School of Oriental and African Studies (SOAS), University of London

Holding location

Malaysiana and Archive Division, Perpustakaan Hamzah Sendut, Universiti Sains Malaysia (USM)

Rights management

This item is licensed with the Creative Commons Attribution, Non-Commercial License.

Resource identifier

LL 0001 PHS Digital Collection

Aggregations

Malaysiana and Archives Collection

Image Keys

MS 40320/11, f.147

Document Date

Ahad, 24 Ramadhan 1207 / 5 Mei 1793

Transliteration

Qawluhu al-Haqq

Bahawa inilah warqat al-ikhlas wa tuhfat al-ajnas yang terbit ia daripada fuad yang hening lagi jernih iaitu daripada Seri Sultan Umar Aqamuddin ibn marhum Sultan Abu Bakar Kamaluddin yang bertahta kerajaan dalam negeri Sambas Darul Sighar ayyadah Allah bi nasrih wa al-aqar barang disampaikan Allah Subhanah wa Ta’ala kiranya kepda majlis sahabat kita tuan Gurnador yang mempunyai perintah dan tadbir dalam negeri bandar Pulau Pinang dan lagi mempunyai perangai akmal al-ihsan daripada handai taulannya bayna al-qarib wa al-ba’id dan lagi mengasihani sekalian gharib dan miskin serta arif bijaksana melakukan sekalian perintah daripada sahabat bersahabat dan kasih berkasihan tiadalah khali daripada masa dan ketika maka masyhurlah pada sekalian negeri yang besar2 dan kecil dan sekalian dusun dan desa menengar budi pekertinya yang amat madrur maka sekaliannya pun hendaklah bernaung kepadanya selagi ada peredaran nur al-shams wa al-qamar tiadalah khali daripada suruh bersuruhan dan datang mendatangi dalam sir al-qulub kita orang tiadalah lainnya ia Sambas ia Pulau Pinang demikianlah adanya wa ba’dah

kemudian daripada itu barang mafhum kiranya tuan Gurnador warqat al-ikhlas yang dibawa oleh Kampitannya Karnigi telah wasillah dengan selamatnya pada saat yang mubarak dan ketika istirahat maka kit orang terimalah dengan beberapa kesukaan dan keredhaannya yang tiada menaruh syak dan sangka pada hati segala yang ada tersebut dalam warqat itu daripada menyatakan hal Kampitan Uskut meninggalkan utang kepada kita ada lima ribu dan Nakhoda Talib opiun dua peti harga empat puluh tahil dua peti maka sekaliannya itu telah sudah kita bayar kepada Kampitan Karnigi kemudian pula fasal daripada Nakhoda Pancang berutang kepada Kampitan Uskut adalah terkemudian sedikit kerana lagi belum cukup semuanya kerana melainkan perjanjian dengan Kampitan Karnigi berbayar kepada Kampitan Saksyan kapal kecil kerana dia masuk dalam sungai maka sekarang pun telah selamatlah Kampitan Saksyan berniaga segala yang dibawanya kadar negeri kecil tiadalah seperti negeri besar adapun utang yang tinggalkan oleh Kampitan Karnigi kepada Nakhoda Talib enam ribu perjanjian bayar sama Kampitan Saksyan telah sudah berbayarlah dan Nakhoda Pancang pun sudah selesailah tiada sangkut utang piutang lagi kepada Nakhoda Pancang kerana Pangeran Muda yang menanggungnya maka sekarang ini baharu Pangeran Muda berbayar kepada Nakhoda Talib dua puluh tahil sudah dibawa oleh Kampitan Saksyan dan yang tinggal lagi Nakhoda Talib akan menanggungnya meminta kepada Yang Dipertuan maka tiada boleh dibawa oleh Kampitan Saksyan kerana hari kampitan hilir itu Yang Dipertuan Muda pulang ke rahmahullah tiadalah boleh Nakhoda Talib hendak mengadap itulah adanya suatu pun tiada burhan hanyalah dipesertakan pada akhir warqat ini budak perempuan seorang tiada dengan sepertinya akan tanda hidup jua adanya
Tersurat warqah ini kepada empat likur hari bulan Ramadhan pada malam Ahad waktu pukul enam tahun dal sanah 1207

General Notes

Letter written in Jawi

Surat daripada Sultan Umar Aqamuddin Sambas kepada Francis Light berkaitan hutang

License management
Related featured and public collections
  Light Letters Collection (1768-1794) / VOLUME 11
Search for similar resources