2382
Restricted
Noor Azlinda Wan Jan
22 March 23
Paper
Malay
Letter from Tengku Kejuruan Japura Langkat to Francis Light regarding the request for capital and tin trade.
Trades, Tins, Capital, Tengku Kejuruan Japura Langkat
1 page of letter
Letters of correspondence
Asia--Malaysia
School of Oriental and African Studies (SOAS), University of London
Malaysiana and Archive Division, Perpustakaan Hamzah Sendut, Universiti Sains Malaysia (USM)
This item is licensed with the Creative Commons Attribution, Non-Commercial License.
LL 0001 PHS Digital Collection
Malaysiana and Archives Collection
MS 40320/11, f.135
[n.d.]
Ya ‘Aziz al-Rahim
Alhamdulillah Rab al-‘alamin wa al-‘aqibat li al-muttaqin wa al-solat wa al-salam ‘ala rasulik sayyidina Muhamad Sayyid al-anbiya’ wa al-mursalin wa ‘ala alihi wa sahbihi ajma’in maka diiringi dengan beberapa hormat mulia iaitu daripada Tengku Kejuruan Japura dari Langkat barang disampaikan Allah apa kiranya kepada sahabat beta iaitu Kapitan Seri Gurnador yang bermakam di bandar Pulau Pinang yang telah beroleh taufiq dan hidayat daripada Tuhan kita hannan al-mannan serta pangkat martabat kebesaran dan kemuliaan dan kekayaan selagi ada cakerawala matahari dan bulan dan lagi barang ditambah akan Allah Subhanahu wa Ta’ala pangkat dan darjat fi al-din wa al-dunya wa al-akhirah amin2 thumma amin wa ba’d
kemudian dari itu barang maklum kiranya sahabat beta akan kerana hal Nakhoda Barul lambat beta suruh mendapatkan sahabat beta akan kerana beta ada kesusahan sedikit datang Sayid Ali kepada beta lawan tiada tentu kawan tiada tentu itulah sebab halinya kepada beta akan sekarang adalah sudah senang sedikit negeri beta itulah maka Nakhoda Barul beta suruh mendapatkan sahabat beta jikalau ada kasih dan sayang sahabat beta akan beta hendaklah sahabat beta tolongkan modal barang sedikit akan membaiki negeri apa kehendak hati sahabat beta2 kirimkan kepada Nakhoda Barul apa yang mudah dagangan kepada beta suatu lagi akan harga timah dan harga ubat bedil sudahlah beta kirimkan kepada Nakhoda Barul akan hal Nakhoda Barul itupun janganlah dua tiga hati sahabat beta kerana dia itu kaki tangan beta suatu lagi akan hal bijih itu jikalau berkenan kepada sahabat beta hendaklah sahabat beta berikan tukangnya yang mengabil dia kerana kepada beta tiada ada tukangnya itulah suatupun tiada alamat al-hayat hanya kuda dua ekor adapun perahu beta dua buah sebuah lagi Nakhoda Raban nama nakhodanya pada ia seekor kuda itu tamat
Letter written in Jawi
Surat daripada Tengku Kejuruan Japura Langkat kepada Francis Light berkaitan permintaan modal dan perdagangan bijih