JKKP PTJ BHEPA Dengan Kerjasama Unit Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan USM, Jabatan Keselamatan USM dan Jabatan Pembangunan & Pengurusan Aset USM Program hari ini adalah bersifat serampang dua mata. Ianya bukan semata-mata Latihan Kebakaran (Fire Drill) Peringkat BHEPA tetapi mengandungi pelbagai pengisian lain. Antara pengisian penting program hari ini adalah:- a) Demontrasi Pencegahan dan Pengawalan Risiko Kebakaran. b) Taklimat Keselamatan dan Kesihatan khas daripada Unit Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan UKKP USM. c) Taklimat berkaitan Pencegahan dan Pengendalian Haiwan Berbisa oleh Jabatan Keselamatan dan d) Manisfestasi penting bahawa BHEPA menyahut seruan universiti melalui UKKP dengan penubuhan khas Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Peringkat BHEPA atau JKKP PTJ BHEPA. Program ini merupakan antara salah satu daripada program dibawah skop dan takwim aktiviti Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan PTJ BHEPA. Penubuhan Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan (JKKP) PTJ BHEPA bermula pada 1 November 2023 dengan :- • Punca kuasa Penubuhan Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan PTJ BHEPA adalah berdasarkan Surat Rasmi daripada Ketua Unit Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (UKKP USM) bertarikh 20 Oktober 2022 yang menggariskan keperluan untuk Penubuhan Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan PTJ. • Mesyuarat JKKP PTJ BHEPA kali pertama juga telah diadakan pada 22 November 2022 • Lantikan keahlian berkuatkuasa 1 November 2022 sehingga 31 Disember 2024 seramai 11 orang diketuai oleh TNC HEPA selaku Pengerusi. Antara kejayaan dan sumbangan awal JKKP PTJ BHEPA adalah: I. Menubuhkan jawatankuasa khas iaitu JKKP PTJ BHEPA Peringkat BHEPA II. Menjalankan mesyuarat induk pertama peringkat BHEPA dan telah disahkan oleh pihak UKKP III. Menjalankan fungsi pemantauan Keselamatan dan Kesihatan Peringkat BHEPA secara berkala termasuk mengenalpasti risiko-risiko tertentu disetiap bangunan di BHEPA. IV. Merekacipta Plan Laluan Kecemasan di kesemua bangunan BHEPA V. Memperkenalkan pemakaian Helmet Rasmi sebagai simbolik kepada penubuhan JKKP PTJ BHEPA VI. Program Taklimat Khas Keselamatan Peringkat BHEPA buat julung kalinya hari ini 10 Mac 2023 Program ini yang dilancarkan oleh Timbalan Naib Canselor HEPA Ybrs Prof Dr Azlinda Azman ini disertai oleh semua warga BHEPA melibatkan kesemua bangunan dibawah kendalian BHEPA iaitu Bangunan H20, Bangunan H21, Kompleks Cahaya Siswa, Bangunan H23, Bangunan H24, Bangunan H25 dan Bangunan Pusat Pembangunan Alumni di D02. Program ini mendapat maklumbalas positif daripada pihak Unit Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan USM (UKKP USM), Jabatan Keselamatan dan Jabatan Pembangunan & Pengurusan Aset apabila seluruh warga BHEPA berjaya mencatatkan masa hanya 4 minit 12 saat untuk berkumpul. Ternyata ianya rekod yang amat baik dan dikategorikan selamat oleh pihak berkuasa melibatkan pemindahan mangsa kebakaran. Program ini secara rasminya tamat pada jam 11.45 pagi.