USM telah menerima lawatan kerja daripada Ketua Penolong Pengarah KPP JPT, Encik Kaliyapan A/L Rajakumaran di Dewan Utama Pelajar B semasa hari terakhir proses pengaktifan Kad Prihatin Siswa Pelajar Baharu Rancangan Pengajian Jarak Jauh (RPJJ) Sidang akademik 2022/2023 yang telah pun bermula sejak 6 Mac 2023 yang lepas. Turut hadir sama dalam lawatan tersebut dan menyantuni pelajar dan petugas ialah Prof. Dr. Azlinda Azman, TNC HEPA, Dr. Chua Hang Kuen, Pensyarah Kanan PPPJJ, Encik Adnan, Ketua Seksyen Aset & Sokongan Teknikal PPKT dan Pegawai BHEPA. Dalam lawatan tersebut, Encik Kaliyapan juga sempat melawat dan memyantuni sukarelawan pelajar yang terdiri daripada barisan Majlis Perwakilan Pelajar (MPPUSM), Ikatan Mahasiswa Johor (IKMAR), Sekretariat Sukarelawan USM (SUKASS) dan pelajar USM bagi Misi Pasca Bamjir di Johor pada 10 - 13 Mac ini.