Bahagian Hal Ehwal Pembangunan Pelajar dan Alumni USM dan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Sains Malaysia USM telah menerima lawatan penanda aras daripada delegasi mahasiswa Khon Kaen University, Thailand yang diketuai oleh Prof. Madya Piansak Pakdee, Naib Presiden Pembangunan Pelajar dan Perhubungan Alumni merangkap Setiausaha Perhubungan dan Pemasarans KKU. Lawatan ini turut dihadiri oleh Prof. Dr. Azlinda Azman, Timbalan Naib Canselor Bahagian Hal Ehwal Pembangunan Pelajar dan Alumni (BHEPA) USM, Cik Jelfariny Mohd Jelahni, Timbalan Pendaftar BHEPA, Encik Hazlan Abdul Hamid, Pengarah Pusat Pembangunan HEBAT (HDC), Puan Sharifah Darweena Syed Ahmad Amir Feisal, Penyelaras Pusat Pembangunan Alumni (ADC) dan pegawai BHEPA. Dalam lawatan ini, Prof. Dr. Azlinda Azman turut menyampaikan ucapan aluan dan Saudara Afirul Idris Ayub Khan selaku YDP MPP USM telah memperkenalkan USM lalu membentangkan agenda pembawaan MPP USM sidang akademik 2022/23. Lawatan ini juga telah diserikan lagi dengan persembahan eksklusif daripada Kumpulan Kesenian Adikarma USM diikuti persembahan daripada delegasi mahasiswa Khon Kaen University.