Pada 26 Februari 2023, Universiti Sains Malaysia (USM) telah menjadi tuan rumah bagi Program Jelajah Kebajikan Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan (MPPK) Zon Utara anjuran Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan (MPPK) dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Tinggi (JPT). Program yang diadakan ini bertujuan untuk mengumpulkan permasalahan yang dihadapi oleh mahasiswa/i dan cadangan penyelesaiannya akan dibawa ke Konvensyen Kepimpinan Mahasiswa Kebangsaan (KKMK) dan Mesyuarat Perdana MPPK kelak. Turut hadir bersama dalam program jelajah ini ialah Encik Daniel Khaleq Mohd Ali, Pegawai Khas Mahasiswa kepada Menteri Pendidikan Tinggi, Encik Hirman Awang@Semail, Pengarah Bahagian Mahasiswa Holistik, Jabatan Pendidikan Tinggi (JPT), Profesor Madya Dr. Suzuren Md Jamil, Pengerusi Majlis Timbalan-Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar IPT, Profesor Dr. Azlinda Azman, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pembangunan Pelajar & Alumni USM, Dato’ Dr. Syed Kamarudin Hj. Sadakkuthulla, Pendaftar Universiti Kebangsaaan Malaysia, Encik A'linur Ahlam Abu Bakar, Presiden MPPK, Saudari Ct Faizah Abd Rahman, Naib Presiden MPPK merangkap Ketua Zon Jelajah Kebajikan MPPK bagi Zon Utara & Saudara Afirul Idris Ayub Khan, Yang Di-Pertua MPPUSM. MPPUSM diketuai oleh Saudara Afirul Idris Ayub Khan hadir bersama lebih 20 orang pemimpin pelajar terdiri daripada Majlis Permuafakatan Anak-anak Negeri (MAPAN) dan Majlis Persatuan Pusat Pengajian. Terdapat 4 usul utama telah diutarakan oleh wakil mahasiswa USM berserta langkah penyelesaiannya. Keempat-empat usul ini seterusnya akan dibawa ke peringkat kebangsaan untuk perbincangan secara lebih mendalam. Terima kasih atas penganjuran jelajah ini. Semoga segala usaha ini dapat membuahkan hasil demi kebajikan mahasiswa/i.