Unit Kebajikan Pelajar & OKU BHEPA USM hari ini mengadakan lawatan penanda aras ke Rumah Amal Kulim, Bandar Bahru Kedah. Lawatan ini juga bertujuan mengeratkan jalinan antara USM dengan sebuah pertubuhan NGO yang berkonsepkan pusat pendidikan dan jagaan OKU serta memperkasakan agenda pelajar kurang upaya USM ke arah minda kelas pertama. Lawatan ini diketuai oleh Cik Sheilawanis Abdul Karim, Encik Muhammad Faiz Aiman Farizon dan Encik Mohamad Khairulnazrin Mohd Kasim. Turut hadir bersama wakil Sekretariat Insan Istimewa USM. Rumah Amal Kulim ini menempatkan 79 golongan Orang Kurang Upaya (OKU) dan 18 orang staf yang terdiri daripada pentabir, guru dan pelatih.