Pesta Kebudayaan dan Kesenian USM 2022 (USM ACF 2022) anjuran Sekretariat Kebudayaan dan Kesenian Tionghua Universiti Sains Malaysia (USM SKKT) telah berjaya diadakan di Padang Kawad, Kampus Induk Universiti Sains Malaysia pada 30 Disember 2022 (Jumaat) jam 8:00 malam yang bertema ‘Retro Memoir’. Malam Kebudayaan dan Kesenian USM ACF 2022 telah disempurnakan oleh Ketua Menteri Pulau Pinang, Yang Amat Berhormat Tuan Chow Kon Yeow. Turut hadir bersama ialah Pengarah Dewan Budaya USM, Puan Ramnah Ramli mewakili Naib Canselor USM, Timbalan Pengarah Pusat Media dan Perhubungan Awam USM merangkap Penasihat Sekretariat Kebudayaan dan Kesenian Tionghua USM, Encik Tan Ewe Hoe, Yang Di-Pertua Sekretariat Kebudayaan dan Kesenian Tionghua USM, Saudari Sydney Lim Xin Ni, Pengarah Projek Pesta Kebudayaan dan Kesenian USM 2022, Saudara Ng Jun Ming dan pegawai BHEPA.