Profesor Dr. Azlinda Azman, TNC Hal Ehwal Pembangunan Pelajar & Alumni menyempurnakan program COLOUR RUN 2022 bertemakan Recolour Your Life anjuran Sekretariat CONVEX 2022 di bawah seliaan Pusat Pembangunan Bakat (TDC) BHEPA. Larian ini juga diserikan lagi dengan acara flash mob oleh Sekretariat Convex sebelum perlepasan kepada peserta yang akan berlari sejauh 5 km di sekitar kampus. Hampir 4000 orang yang terdiri daripada pelajar dan orang awam dari pelbagai bangsa dan peringkat umur telah menyertai program ini.