Usahasama BHEPA dan Pusat Islam USM telah berjaya mewujudkan MRFoodBank@HEPA bertempat di bangunan H20, Pejabat Pentadbiran BHEPA kampus induk yang telah dirasmikan pada 13 Februari 2023 bersamaan 29 Rejab 1444H oleh Prof. Dr. Azlinda Azman, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pembangunan Pelajar & Alumni, USM. Inisiatif utama mewujudkan FoodBank@HEPA adalah bagi membantu meringkankan beban para pelajar dalam menghadapi kos sara hidup semasa berada di dalam kampus. Para pelajar boleh mendapatkan makanan kering secara percuma sebanyak 5 item setiap hari untuk seorang pelajar.