Selepas melalui proses pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Sains Malaysia (MPPUSM) yang buat pertama kalinya dikendalikan oleh mahasiswa pada November 2018, satu majlis Penyerahan Watikah dan Lafaz Ikrar Majlis Perwakilan Pelajar bagi Sidang Akademik 2022/2023 telah diadakan. Majlis tersebut telah disempurnakan oleh Prof. Dato' Gs. Dr. Narimah Samat yang menjalan fungsi Naib Canselor USM. Turut hadir ialah Prof. Dr. Azlinda Azman, TNC BHEPA, Prof. Dato' Ir. Dr. Abdul Rahman Mohamed FASc., TNC Penyelidikan dan Inovasi, Prof. Dato' Dr. Nor Azazi Zakaria, Pengarah Kampus Kejuruteraan, Prof. Dr. Shaharum Shamsuddin, Pengarah Kampus Kesihatan, Dr. Normala Abdul Wahid, Pengarah Pusat Sejahtera USM, Pegawai dan Penggawa BHEPA dan Sekretariat Pemilihan MPP USM. Saudara Afirul Idris Ayub Khan telah dilantik sebagai YDP MPP USM bagi sidang akademik 2022/2023 dan dibantu oleh Muhammad Zikri Rosle sebagai NYDP 1, Andi Arnaisah Andi Arnis sebagai Setiausaha Agung dan Jeremy Lau Wei Han sebagai Bendahari Kehormat, bersama-sama dengan 41 ahli MPPUSM lain yang akan menerajui pembangunan mahasiswa serta melunaskan setiap manifesto yang bakal membawa anjakan paradigma serta kebajikan setiap mahasiswa/i di setiap kampus masing-masing.