Pengumuman Proses Pemilihan MPP USM Sidang Akademik 2022/2023 yang dijalankan secara atas talian mendapat sambutan yang baik. Jumlah pelajar yang mengundi pada tahun ini meningkat kepada 71.4% berbanding tahun lepas iaitu sebanyak 36% sahaja. Pengumuman keputusan telah disampaikan oleh Prof. Dr. Azlinda Azman, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pembangunan Pelajar & Alumni USM. Turut hadir bersama ialah Profesor Dr. Sivamurugan A/L Pandian, Pengarah Pusat Pengurusan Bencana USM, Encik Mohammad Kasni Bin Ismail, Pengarah Jabatan Keselamatan USM, wakil-wakil Majlis Penggawa Desasiswa, pegawai, dan warga BHEPA dan Jawatankuasa Pemilihan MPP USM SA2022/2023.