Edaran PerantiSiswa Siri Ke-4 mula dibuat seawal jam 9:00 pagi bertempat di Dewan Pembangunan Siswa 2, KOMCA, USM Kampus Induk. Edaran kali ini ialah untuk pelajar yang berstatus lulus (rayuan) tetapi belum mengambil peranti pada siri ke-3 yang lepas. Pelajar diminta untuk membuat semakan kelengkapan peranti sebelum beredar dari tempat pengambilan.