Account Menu
  • Log in
  •  Dash
  • Search results
  • USM Collection
  •  Knowledge Base
 All resources
By date

 Geographic search

 Advanced search


Log in

Username
Password


 Click here if you have forgotten your password

Featured collections Perpustakaan Hamzah Sendut (PHS) Bahagian Hal Ehwal Pembangunan Pelajar & Alumni / Students Development Affairs & Alumni Department SIDANG AKADEMIK 2022/2023 USM DAN UKM KONGSI AMALAN TERBAIK PENGURUSAN ALUMNI
Result Settings
4 resources
4 resources
 
 
 

USM DAN UKM KONGSI AMALAN TERBAIK PENGURUSAN ALUMNI

PULAU PINANG, 9 Februari 2023 – Pusat Pembangunan Alumni (ADC) Universiti Sains Malaysia (USM) hari ini menerima lawatan penandaarasan dari delegasi Pusat Perhubungan Alumni (PPA) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) bagi berkongsi amalan terbaik dalam pengurusan alumni kedua-dua buah universiti. Timbalan Naib Canselor Bahagian Hal Ehwal Pembangunan Pelajar & Alumni, Profesor Dr. Azlinda Azman hadir dan mengalu-alukan delegasi ke USM. Azlinda turut memberi penerangan ringkas mengenai jaringan antara jabatan di USM serta peranan Alumni Ambassador di setiap Pusat Pengajian yang berfungsi untuk membantu ADC meningkatkan jaringan kerjasama bersama Alumni dan pihak industri. PPA UKM diketuai oleh Timbalan Pengarah (Aktiviti & Jaringan) yang menjalankan tugas Pengarah PPA, Dr. Hilwa Abdullah @ Mohd. Nor hadir bersama lima pegawai PPA. Hilwa berkata tujuan utama mereka mengadakan lawatan ini adalah untuk berkongsi amalan terbaik dalam pengurusan alumni serta tatacara pengurusan aktiviti anjuran ADC. “Saya berharap kita dapat berkongsi pendapat mengenai amalan terbaik pengurusan Alumni serta perkongsian sistem dan data Alumni yang berkesan” kata Hilwa. Di samping itu, Penyelaras ADC USM Sharifah Darweena Syed Ahmad Amir Feisal, turut pembentangan pelan tindakan dan perancangan aktiviti PPA sepanjang tahun 2023 serta pencapaian terdahulu. Turut hadir ialah Timbalan Pengarah (Penjanaan dan Pemasaran) PPA Dr. Seri Mastura Mustaza dan staf ADC.

USM Dan UKM Kongsi Amalan Terbaik Pengurusan Alumni
USM Dan UKM Kongsi Amalan...  
USM Dan UKM Kongsi Amalan Terbaik Pengurusan Alumni
USM Dan UKM Kongsi Amalan...  
USM Dan UKM Kongsi Amalan Terbaik Pengurusan Alumni
USM Dan UKM Kongsi Amalan...  
USM Dan UKM Kongsi Amalan Terbaik Pengurusan Alumni
USM Dan UKM Kongsi Amalan...