Majlis perasmian CONVEX22 disempurnakan oleh YBhg. Tan Sri Datuk Zulkefli A. Hasan, Pro-Canselor USM. Turut hadir memeriahkan suasana ialah Prof. Dato' Gs. Dr. Narimah Samat yang menjalankan fungsi Naib Canselor, Prof. Dr. Azlinda Azman, TNC Hal Ehwal Pembangunan Pelajar dan Alumni, Prof. Dato' Ir. Dr. Abdul Rahman Mohamed FASc.,TNC Penyelidikan dan Inovasi, Dato' Dr. Musa Ali, Pendaftar USM, Prof. Dr. Shaharum Shamsuddin, Pengarah Kampus Kesihatan, Encik Kamarul Ariffin Ngah, Bendahari USM, Dr. Normala Abdul Wahid, Pengarah Pusat Sejahtera, Y.M. Tengku Harith Aziz, Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Tun Razak, Dekan-Dekan, Pegawai-Pegawai Utama Universiti dan Saudara Gosvindraj Munusamy, Pengarah Projek CONVEX22. Dalam majlis perasmian tersebut, turut diraikan ialah pemenang Anugerah Pingat Emas Utama sempena Majlis Upacara Konvokesyen Ke-60 USM dan penaja utama Convex22, Majlis turut diserikan lagi dengan persembahan dari Kumpulan Kesenian Adikarma, Kumpulan Gendang Cina, Kelab KungFu, USM dan Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia, USM.