Prof. Dr. Azlinda Azman, TNC Hal Ehwal Pembangunan Pelajar dan Alumni meluangkan masa melawat tapak pameran pelajar di sepanjang perkarangan Foyer Dewan Kuliah G-R. Dalam lawatan tersebut, beberapa langkah cadangan penambahbaikan telah diberikan kepada persatuan pelajar yang terlibat demi untuk kualiti, pembangunan pelajar dan menaikkan nama university dan persatuan. Turut hadir dalam lawatan tersebut ialah pegawai-pegawai dari Pusat Pembangunan HEBAT (HDC) dan Pusat Pembangunan Bakat (TDC).