Prof. Dato' Dr. Husaini Omar, Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi meluangkan masa melawat beberapa cafe di desasiswa USM. Turut hadir dalam lawatan tersebut ialah Prof. Dato' Gs. Dr. Narimah Samat, yang menjalankan fungsi Naib Canselor USM dan Prof. Dr. Azlinda Azman, TNC Hal Ehwal Pembangunan Pelajar dan Alumni, Ct Faizah Abdul Rahman, YDP MPP pegawai dari KPT-JPT, MPP USM dan warga BHEPA. Delegasi lawatan KPT-JPT kemudiannya menghadiri mesyuarat bersama pegawai tertinggi USM di CCR, Canselori 1, USM.