USM PULAU PINANG, 12 Oktober 2022: Suasana Majlis Sambutan Siswa pelajar baharu sidang akademik 2022/2023 bertempat di Dewan Tuanku Syed Putra (DTSP), Universiti Sains Malaysia. Majlis berlangsung semasa minggu orientasi pelajar. Majlis dihadiri oleh yang menjalankan fungsi Naib Canselor USM, Prof. Dato’ Gs. Dr. Narimah Samat merangkap Timbalan Naib Canselor, Akademik dan Antarabangsa, Prof. Dato’ Ir. Dr. Abdul Rahman Mohamed, TNC Penyelidikan dan Inovasi, Profesor Dr. Md. Roslan Hashim, TNC Kelestarian dan Pembangunan Institusi, Prof. Dr. Azlinda Azman, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pembangunan Pelajar & Alumni, USM, dekan-dekan pusat pengajian, pengarah institut dan pusat, Majlis Perwakilan Pelajar USM, pegawai dan warga BHEPA.