USM PULAU PINANG, 8 Oktober 2022 - Seramai 4,283 calon dari lepasan STPM/ Matrikulasi/ Asasi/ Diploma/ Setaraf telah menerima tawaran bagi mengikuti program Ijazah Sarjana Muda (Penuh Masa) dan Diploma di Universiti Sains Malaysia (USM) di ketiga-tiga kampus bagi memulakan Sidang Akademik 2022/2023. Turut hadir meraikan pelajar-pelajar baharu adalah Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa) yang turut menjalankan fungsi sebagai Naib Canselor USM, Profesor Dato’ Gs. Dr. Narimah Samat; Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pembangunan Pelajar dan Alumni), Profesor Dr. Azlinda Azman dan Timbalan Pendaftar Kanan Bahagian Pengurusan Akademik, Ramli Osman.