USM PULAU PINANG, 6 Oktober 2023 :- Video suasana bermulanya sesi pendaftaran pelajar baharu bagi sidang akademik 2023/2024 yang melibatkan seramai 711 orang dengan dibantu oleh Pembimbing Pelajar Siswa Lestari (PPSL). Pendaftaran bermula seawal jam 8:00 pagi dan akan berakhir pada jam 5:00 petang untuk pelajar perempuan di Desasiswa Saujana. Tahniah kepada semua yang berjaya dan jutaan terima kasih kepada pelajar PPSL yang membantu.