Pendaftaran bermula seawal jam 8.00 pagi sehingga jam 5.00 petang melibatkan seramai 1,454 orang pelajar baharu USM yang dibantu oleh 50 orang pelajar Pembimbing Program Siswa Lestari (PPSL). Turut hadir bersama ialah Penggawa Desasiswa Restu, Ts. Dr. Shahrizal Nazri. Seramai 388 pelajar mendaftar di Desasiswa Cahaya Gemilang Harapan dan 1,066 pelajar di Desasiswa Restu. Ketibaan pelajar dari Sabah dan Sarawak juga turut dijemput oleh MPP USM di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang.