USM PULAU PINANG, 13 Oktober 2023 :- Majlis Sambutan Siswa USM Sidang Akademik 2023/2024 di Dewan Tuanku Syed Putra pada jam 10.30 pagi tadi. Secara rasminya anda semua adalah keluarga besar USM. Hadir : Profesor Dato’ Ir. Dr. Abdul Rahman Mohamed, Naib Canselor USM, Timbalan-timbalan Naib Canselor USM, Dekan-dekan dan Pengarah Kampus Kejuruteraan & Kesihatan, pengurusan tertinggi USM dan Yang di-Pertua Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) USM, Afirul Idris Ayub Khan. Seramai 4,696 pelajar baharu telah mendaftarkan diri secara fizikal di USM bagi Sidang Akademik 2023/2024.