USM PULAU PINANG, 12 Oktober 2023 :- Hari ini telah berlangsung dengan jayanya Program Jamuan Siswa Madani bertempat di Pusat Islam Universiti Sains Malaysia bagi Sidang Akademik 2023/2024. Majlis Kenduri Rahmah turut dihadiri oleh Dato’ Seri Dr. Awang Adek Hussin, Pengerusi Lembaga Pengarah USM. Awang Adek diiringi oleh Prof. Dato’ Ir. Dr. Abdul Rahman Mohamed, FASc., Naib Canselor USM sempat menyantuni pelajar dengan membantu pelajar PPSL memberikan makanan kepada pelajar baharu semasa program berlangsung. Dalam majlis tersebut, Awang Adek turut menyampaikan replika cek sumbangan Program Asnaf Prihatin @ Pusat Islam USM berjumlah RM1000, sumbangan bagi pesakit kanser dan bantuan zakat kit keperluan asas pelajar baharu kategori A-Team berjumlah RM24,000.00 Turut hadir sama ialah Prof. Dr. Azlan Amran, Yang menjalankan fungsi Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pembangunan Pelajar & Alumni, Prof. Dr. Shaharum Shamsuddin, Pengarah Kampus Kesihatan, Prof. Datin Dr. Azlina Harun@Kamaruddin, Pengarah Kampus Kejuruteraan, Encik Mohammad Shukri Osman, Pengarah Pusat Islam USM, pegawai Pusat Islam dan BHEPA.